CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, November 19, 2009

Ku Telah Jatuh Cinta

wujudkah cinta maya nie?
berkekalan kah ia?

persoalan ini sering berlegar dalam kotak fikiran aku
berjuta nasihat yang ku terima
jangan terpedaya
jangan tertipu
jang mudah dipermainkan
jangan itu jangan ini

kenapa aku dipertemukan dengan
Si-Halusinasi dengan cara ini
kenapa hadirnya rasa itu
ketika saat ini juga
bukan mengeluh atau menyesal
cuma...waktunya itu
tiba-tiba....

rasa itu mendiami hati kecil ini
sepurnama yang lalu
makin hari makin kuat
makin hari makin mendalam
dan
salahkah kalau aku meluahkannya
salahkah kalau aku yang memulakannya
salahakah kalau perigi yang mencari timba

kalau benar adam yang mencari
timba mencari perigi
romeo yang memulakannya
mengapa aku kecewa
mengapa aku derita
mengapa aku merana

sedangkan sitimba bahagia
si adam tertawa
si romeo tersenyum

seandainya salah aku yang memulakan dulu
Siti Khadijah r.a juga pernah memulakannya
di saat Rasulullah masih muda belia

bagiku...tidak salah siapa yang memulakannya
pondan kah dia?
bapuk kah dia?
hanya kerana si-gadis rabun yang melamar si-halusinaisi
hanya kerana si gadis yang memulakannya
hanya kerana si gadis membuka langkah pertama

hati ini terluka..menderita..menangis di dalamnya....
siapa yang tahu
siapa yang fahami
siapa yang cuba mengerti
tiada
hadir si-halusinasi mengubati hati
sungguh
tiada janji dilempar pada si gadis
tiada satu pun
hanya pesanan ringkas lahir dari hati
seorang lelaki buat si gadis yang tulus mencintainya

katanya
" Jangan gadis terlalu mengharap...namun...jangan juga gadis berhenti berusaha.."

kepada yang pernah menasihati
jutaan terima kasih ku ucapkan
hati ini sudah lama menangis di dalamnya
hingga kering air matanya
hati ini sudah lama pilu
hingga berderai serpihannya
hati ini sudah lama menjerit syahdu
hingga hilang suaranya

kini...hanya satu doa ku
Satukanlah hati kami sebagaimana Kau satukan hati adam dan hawa
teguhkanlah hati kami sebagaimana teguhnya cinta Yusof dan Zulaikha
tabahkan hati kami sebagaimana tabahnya Yassin dan Sumaiyah

ku tahu...ku mengerti...
ada hati yang tidak ingin semua ini terjadi
tapi
bagiku walau dia tidak mengeti
hanya DIA yang memahami
hanya Dia yang mengeti deru hati
hanya DIA yang mengerti

[ si-halusinasi kini semakin menghampiri | hatinya bisa ku capai kini | menanti detik yang dinanti | semoga Illahi merestui cinta ini ]

0 orang mendoakan:

Duit Poket