CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, November 3, 2009

si gadis rabun 1

si gadis rabun
matanya dua tiada daya
berkaca mata baru melihat
memandang dari sisi yang lain
mengerti juga dicari hati

si gadis rabun
tinggalnya di kota metropolitan
di kiri kanan segalanya tercemar
tiada ruang menjejak identiti diri
hingga hilang di asak udara

si gadis rabun
sahabatnya ramai cintanya mati
temannya berjuta kasihnya tiada
sepi mengulit hati
rindu menempil di jiwa
kenangan memenuhi kotak memori

si gadis rabun
ingin mendaki bukit
namun rebah jatuh ke bumi
lalu koma
koma hatinya
koma jiwanya
koma mindanya
mujur tidak mati

si gadis rabun
sedar kini
mimpi itu bukan halusinasi
namun mungkin jadi realiti
realiti yang terlalu obses
mengejar halusinasi sendiri

si gadis rabun
tiada ingin di hati
tiada rasa di jiwa
yang tinggal kini
kotak memori yang sentiasa bernyawa

-halusinasi bukan realiti tapi halusinasi mungkin hanya mimpi-



2 orang mendoakan:

Anonymous said...

itu baru betul di pangil cinta sejati..

alangkah best nyer ada awek cam tu.. hahah ;)

impian cinta said...

erk!

sape anda?

Duit Poket