CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, December 12, 2009

Hidup


hari ini kita berlari
selaju yang kita mampu
berlari tanpa tolehan ke belakang lagi
biar apa yang ada di sana
tinggal mimpi ngeri yang dah musnah
di tangan raksasa ajaib itu



dalam perlarian sesekali kita pasti jatuh
luka lalu menangis sendirian
tiada tangan ajaib yang hulurkan bantuan
dan ianya membuatkan kita sedar
betapa seksanya bila kita hanya sendirian




lari lalu jatuh
pasti kita akan bangun
sesusah bagaimana kita pasti
akan cuba menongkat tangan
untuk bangun dan teruskan berlari
kesakitan itu?
lupakan saja sebab di depan sana
kita pasti akan jatuh lagi lalu luka
tapi tidak pernah berhenti untuk bangun
dan terus berlari lagi!

| Jatuh | Bangun | Berlari |




1 orang mendoakan:

**~ syafawatirezuan~** said...

Untuk hidup, manusia perlu kuat.

Untuk kuat, manusia perlu tabah.

Dan untuk tabah, kita jangan berputus asa..selagi kita masih hidup.

:)

Duit Poket