CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, January 11, 2010

Bicara Sekeping Hati

semakin dipendam rasa ini
semakin memberat di jiwa
ingin diluahkan yang tersirat
tiada bahasa mampu melakukannya

lalu hanya di sini aku mampu coretkan
kesakitan hati yang membelenggu kini
kepayahan jiwa mengerudi sanubari

berpurnama sudah aku berjalan
menyusuri jalan jalan sepi
mencari selaut kasih yang mampu
menemani aku meniti hari-hari mendatang
segala pelosok segala sudut aku jelajahi
demi mencari cinta yang unik
cinta yang belum pernuh aku miliki
yang tidak pernah aku temui

dalam pencarian terlalu banyak
persinggahan aku temui
cuba melewati persinggahan itu
menilik dengan mata hatiku
tapi...aku masih hampa....

kini persinggahan yang baru aku temui
unik...pelik...lain dari yang lain
persinggahan itu seperti berada di dunia lain...

aku cuba menilai dari pelbagai sudut
cuba mengkaji kelebihan dan kekurangan
cuba menerima letak duduknya

tapi

kenapa aku merasa seperti
ada yang tidak kena
ada kekurangan yang aku sendiri
tak mampu melindungi

lalu kini...
langkahan ingin ku atur sekali lagi
tapi seperti memberat
seperti terlekat di bumi tak mampu
melangkah lagi

Ya Tuhan...
Kurniakan aku kekuatan
agar bisa aku lalui semua ini....
Andai dia perhentian terakhir ku
sebelum menemuiMu permudahkanlah
andai bukan...berikan aku petunjuk dariMu...

Sebakul Hati Aku Serahkan tapi Secebis Hati Kau Berikan





0 orang mendoakan:

Duit Poket