CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, May 23, 2010

saya yang hina

awak,
ingat lagi pertama kali saya tegur awak
awak terlanggar saya depan kelas saya
habis semua buku-buku saya berterabur
kita kutip sama-sama
awak terpegang tangan saya
muka saya terus merah
pastu awak minta maaf sebab cuai

tak lama pastu
baru saya perasan yang kita satu kelas
awak duduk sebaris dengan saya
tapi awak hujung sana dengan kawan-kawan awak
dan saya hujung sini dengan kawan-kawan saya
kita main-main mata sambil-sambil
madam tue mengajar

satu hari tue 
kita kene sain borang PTPTN
sebab kan nama kita ni yang bahagian kedua
sesi kita bersambung lepas solat Jumaat
saya nak ke cafe masa tu 
saya nampak awak duduk sorang kat tepi dewan
dengan penuh berani saya tegur awak

"hai...nama sape?"

"hai..nama Khairul. Awak?"

"Lia.Sekolah mana dulu?"

"Teknik kat Pulau Pinang."

awak nak tau
masa tu kan jantung saya macam nak tercabut
tapi saya buat selamba je
konon dah biasa

sebab nak kawal debar kat dada
saya kata saya nak pegi cari topup
pastu masa hala balik saya tengok awak ada situ
saya cuba kali kedua

"Errr...Khai...Lia nak num fon awak boleh?"

" Boleh. 017-*******...Lia..Khai nak g masjid dulu.Nanti jumpa lagi ye."

awak,
masa tu kan saya rasa nak gigit-gigit
pokok depan saya tu
seronok tak terkira

dan sejak hari tu kita bersms
pepagi awak dah sms saya kejut bangun tido
nak tido saya plak sms ucap selamat malam
persahabatan kita berlansung selama berbulan-bulan
dalam tempoh tue semua kawan-kawan kata kita couple
ada usik-usik kita

setiap hari lepas kelas awak,saya ngan kawan-kawan
buat study group kat perpustakaan
kalau tak pun dekat cafe
saya mesti duk sebelah awak

saya ingat lagi
saya pernah bagi awak baju
dan awak bagi saya sekeping cd 
yang dalam dia lagu-lagu kesukaan saya

kita pun ada nama manja
awak SIN CHAN dan saya CHIBI MARUKO
saya bahagia sangat masa tue

tapi

masa tu nak raya
awak balik kampung dan saya balik rumah family saya
kita sempat beraya dengan kawan-kawan kat kolej
sebelum masing-masing balik ke kampung


satu malam awak mesej saya
awak kata awak dah putus dengan awek awak
saya tak tau sama ada nak bahagia atau kesian kan awak

saya pujuk awak
saya cuba tenangkan hati awak
saya kata ujian untuk awak
saya cuba hiburkan hati awak
saya CUBA MASUKI HATI awak
saya CUBA UBATI luka awak

tapi awak

tolak saya
kata kita cuma kawan
kata hati awak kosong
kata hati awak hampa
kata hati awak terluka

saya kecewa awak~
amat kecewa~

kembali selepas raya....

saya bersama dia
kawan baik awak
teman sebantal awak
rakan sepinggan awak

saya ingat lagi
malam tue die bagitau awak
tentang hubungan kami
awak diam
terkedu
dan itu bukan salah saya

pagi itu kita bertiga ke kelas bersama
di kiri saya dia di kanan saya awak
Tuhan tahu apa dalam hati saya
berdebarnya saya
tak mampu saya ucap dengan kata-kata

selama berhari-hari awak jauhkan diri dari saya
oh ya~

sebelum awak tau kami bersama
awak janji nak bagi saya sesuatu
dan malam tue
di tepi tangga flat kita
saya jumpa awak
dengan keizinan die
saya paksa awak beri apa yang awak nak beri
saya desak awak

tapi awak gelak-gelak
ketawa semahunya

kemudian awak masuk ke rumah 
dan keluar dengan teddy bear comel

awak kata itu untuk saya~!

saya ingat
lepas dah bagi semua tu
kita kembali berkawan macam dulu
tapi awak tetap dingin

lepas saya risik-risik dengan dia
dia kata awak nak bagi saya cincin
awak beli kan saya cincin emas putih
ada huruf L diukir kat cincin tu
tapi bila awak tau saya bersama dia
awak buang cincin tue dalam sungai
dan awak gantikan dengan teddy bear tue



akhirnya saya bersemuka dengan awak
saya tanyakan segalanya pada awak
dan jawapan yang satu ini
kekal dalam ingatan saya

"sejak bila Khai sayang Lia?"

"masa hari Lia masak kan Khai agar-agar tue."

"kenapa Khai tolak Lia masa Lia cuba ubati hati Khai?"

"sebab Khai bodoh.Khai tak nampak Lia.Khai tak hargai Lia.Khai selalu terlambat."

dan saat itu air mata awak menitis
sayu hati saya tengok awak nangis
tapi apa daya saya
saya bukan sesuka hati melukakan hati orang lain

sejak hari tue
kalau saya gaduh dengan dia
saya akan cari awak
saya cerita pada awak

awak pujuk saya
awak hiburkan saya
awak bawak saya jalan-jalan
awak beli saya aiskrim
awak cuba buat saya senyum

sebab awak kata

awak bahagia kalau awak tengok saya bahagia


awak....
sedar tak awak akan satu perkara
saya tak layak untuk bersama awak
saya yang hina ni tidak layak untuk sesiapa
setiap kali saya punya cinta
saya pasti terluka
mereka takkan sesetia awak
mereka tak seikhlas awak

tapi

saya sedar awak kini suami dia
antara kita hanya kenangan~!

SEMOGA AWAK BAHAGIA BERSAMA DIA~





3 orang mendoakan:

budleee said...

rezeki kita..

apa kan daya..


dia pun tolak kita, dari awal kan.. kita pun time tuh, terjumpe yg kita suka.. tapi jodoh tak panjang..

fazilzura said...

salam kenalan ,

alamakk sedih nye ... xpe, itu bukan jodoh tuk awk..

impian cinta said...

budleee : takpe.semua tu tggl kenangan dlm hidup gadis. :) hepi je tgk mereka semua hepi...

fazilzura : wsalam... sokay.... :) kenangan je...

Duit Poket