CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, May 24, 2018

Hati

Dan bila rindu bertamu,
Lidah kelu,
Segala kabur. 

Debu. 

Tuesday, July 28, 2015

Nota #1

Setiap hari aku melihat kelukaan terzahir di wajahmu. Kedip matamu yang kuyu. Senyumanmu yang lesu. Malah terkadang di setiap pertanyaanku, kau hanya diam membeku. Apa silap yang telah aku lakukan? Kau marah denganku? Atau sebenarnya kau sendiri sudah mulai bosan untuk terus hidup di sisi aku? 


Kau tahu, selalu bila malam aku tak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraanmu. Setiap kali sebelum tidur, ingatan hanya melayang mengingati kamu. 

Tapi aku sedar, kau tak begitu. Entah. Mungkin mainan perasaan atau naluri yang hanya galak meneka. 

Semoga hari-hari mendatang ada sirna buat kita. Rasa ini takkan layu buat kamu. Dari Tuhan, kau yang terindah untuk aku. Aku mengharap semoga Tuhan tak ambil kau daripada aku. Selamanya. 


Tuesday, November 25, 2014

Pernah?

Pernah kau tanya apa yang aku rasa?

Pernah kau kira berapa kali aku menangis,
Sebab tajamnya tiap kali kau bersuara?




Pernah kau sedar kewujudan aku,
Sejak hari pertama kau dan aku?

Pernah kau ucap kata kau rindu,
Bila aku jauh tak di depan mata selalu?

Sebab, sering aku rasa,
Dalam hati kau,
Aku ini jauh.
Terlalu jauh.

Rindu aku dengan ucap selamat,
Rindu aku dengan peluk erat,
Entah bila akan berulang.

Tuesday, August 5, 2014

Dan Bila Semakin Hampir

 
Bila mana kau merasakan yang impian dan doakan tiap hari semakin menjadi nyata,
hanya rasa syukur menggantikan sejuta rasa yang wujud dalam hati kau.
 
Dulu,
Dulu masa aku jatuh terpuruk sendiri,
Aku pernah katakan pada bonda aku tak percaya cinta.
Aku tak mahu hidup berdua.
Aku tak kisah.
Biarlah aku sendiri sampai mati, aku rela.

Sebab sakitnya bila dilukai tak mampu aku ucapkan dengan kata.
Cuma air mata yang boleh menceritakan apa yang aku rasa.
Perit.
Pedih.
 
Tapi seperti mana kata seorang teman,
siapa aku mahu melawan takdir-Nya.
 
Sekarang aku sedar yang cerita Tuhan itu ada manisnya.
Mungkin dulu, dia tarik segala bahagia aku ada.
Lalu dicampak pedih tak terkata.
Air mata pengganti bicara.
 
Teman rapat yang tahu bagaiman sengsara jiwa aku dulu.
 
- - - -
 
Alhamdulillah.
Aku dah semakin nampak apa yang akan aku hadapi nanti.
Aku harap perancangan aku dan dia,
direstui-Nya.
 
Orang kata nak bina masjid ni,
Tuhan permudahkan.
Moga-mogakan.
 
Dia kata,
 
"Kita dah dapat restu,sayang. Dari orang tua awak dan saya. Sekarang tinggal kita berusaha dan berdoa semoga Tuhan permudahkan segala yang kita rancang."
 
=)
 
Terima kasih pilih saya untuk temani hidup awak.
Saya harap awak akan sayangkan saya sampai bila-bila.
Sebab saya tahu dan awak juga tahu,
 
Awak takkan sempurna tanpa saya.
Hiks!
 
 
p/s : punya lama tak hupdate, bila hupdate kemain... =) sorry uollss. I mood berbunga-bunga ni. Hahaha!
 
 


Duit Poket