CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, September 25, 2013

9 Purnama


Yeah!

Dah 9 bulan!

=)

Alhamdulillah.
Semoga hubungan ini berpanjangan.

Thanks pada awak sebab sepanjang 9 bulan ni,
Bersabar dengan kerenah saya yang kadang annoying ni.
Tahan dengan baran saya yang kadang tak bertempat.
Tapi, itu semua buat awak sangat istimewa di hati saya.

=)

Saya sayang awakkkkkkkkkkkk!





Tuesday, September 24, 2013

Esok ; Angka 9



Oh,
Esok maka sudah 9 bulan bercinta.
9 bulan susah senang sesama.
9 bulan gaduh pujuk berdua.

Macam kejap je.

Hiks!

Thank you Allah untuk ini,
Untuk dia,
Dan untuk bahagia yang Kau beri.

(^_^)





Thursday, July 18, 2013

Sudah Enam Bulan




Sayang,
Selamat ulangbulan yang ke6.

Saya harap awak bahagia selama dengan saya.
Dan takkan bosan.

Saya sayang awak.

- mellyana sara -

Friday, May 31, 2013

Masa Lalu

"Maafkan aku. Aku tak mampu,"tuturku lemah. Wajahnya yang tadi ceria kini tertunduk merenung rumput yang menjadi alas kami berdiri. Di tangan kirinya sebentuk cincin erat dalam genggaman dan di sebelah kanannya, sekuntum mawar merah yang sudah layu dimamah waktu. Pertemuan yang dirancang sejak tiga hari lalu bukan diakhiri dengan sesuatu yang menggembirakan.

"Aku ikhlas. Sumpah aku ikhlas. Ini, aku dah beli dan ia untuk kau. Kenapa kau menolak?"soalnya hampa dan tak terjawab oleh aku. Sungguh, aku tak sangka beria-ianya dia ingin berjumpa rupanya membawa hajat yang tak mampu aku tunaikan.

"Kita dah lama kenal. Aku tahu kau dan kau tahu aku. Kenapa kau menolak?"sekali lagi, soalan yang sama diajukan. 

Nafasku hela perlahan. Wajah lelaki polos di hadapanku ini aku tatap penuh rasa. Rasa sayang. Namun sesuatu menghalang kami untuk bersama. 

"Di rumahmu ada seorang wanita yang setia menantikanmu kembali dari kerja, menyiapkan hidangan kegemaranmu, dan setiap malam dia takkan pernah tidur dahulu sebelummu. Pulanglah. Dia lebih layak untuk kamu."

Dia menggeleng perlahan. 

"Tapi, kau tahu bukan aku tak pernah mencintai dia."

"Cintailah dia selayaknya. Dia isterimu. Jika kau tak punya sebab untuk terus mencintai dia, maka cintailah dia kerana Tuhanmu. Maafkan aku."

"Dan kau?"

"Aku kenangan dan dia adalah masa depanmu. Pulanglah."

Mungkin, mungkin ini yang terbaik dari Tuhan untuk aku. Kalau pengorbanan aku ini akan membahagiakan mereka, tak apa. 

Duit Poket