CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, June 16, 2010

janganlah bersedih

dalam hidup

bukan semua kita mahu kita dapat
kadang kala yang kita tak mahu
itulah yang sering kita dapat
yang kita mahu makin lama
makin jauh dari jangkauan

kadang kala
kita merungut mengenangkan
apa yang terjadi
tapi kita tidak sedar yang
Tuhan lebih mengetahui

Dia tahu apa yang terbaik untuk kita
di saat kita kecewa itu
di hadirkan pelangi buat kita
tapi pelangi yang indah sering kali
kita sangkakan ribut taufan
lalu kita menolak pemberian itu

seharusnya
di saat kita kecewa itu
kita kembali kepadaNya
perbetulkan kesilapan diri 
mungkin ada kesalahan yang kita dah lakukan
yang kita tidak pernah sedar

oh ya~

dalam hidup juga
manusia sering kali punyai peluang kedua
tapi sering kali juga disia-siakan
rugi bukan?

kalau lepas ni kamu punyai peluang kedua
hargailah sebab mungkin itu adalah
peluang terakhir kamu!

=)

*saya tidak sempurna mana untuk menasihati orang tapi saya rasa saya bertanggugjawab untuk kongsikan semua ini dengan anda semua.so...jangan la selalu bersedih....kadang-kala kesedihan itu penawar dalam mencari kebahagiaan.Gadis sudah terlalu lama bersedih dan mempersoalkan setiap yang berlaku pada gadis.Dan 1 hari gadis sedar bahawa setiap yang berlaku itu punya hikmah dan hanya akan diketahui apa bila tiba saatnya. senyum selalu ya! =) *

1 orang mendoakan:

Unknown said...

puitisnya...nice

Duit Poket