saat kecilku
aku gak punya teman
apalagi sahabat
hidupku itu cuma sendirian
ke sana ke mari hanya di temani
buku merah jambu yang menjadi
tempat aku meluah segala
di saat aku meningkat remaja
aku masih tidak punya siapa
masih lagi sendiri
ke sana ke mari
di temani buku yang sama
namun
di usia ku enam belas tahun
aku temui seseorang
yang buat jantung ku berhenti berdegup
dunia seakan berhenti berpusing
aku temui dia
aku tidak lagi sendiri
buku merah jambu aku campak jauh ke tepi
tapi
takdir Tuhan penentu segala
di waktu usiaku lapan belas tahun
Tuhan menjemput dia pergi
pada hari pertama lebaran
Ya Tuhan,berat dugaan itu
namun aku tahu aku harus tabah
seterus
aku temui seseorang yang lain
dia beda amat
bahasanya gayanya
lucu di mataku
namun dia juga pergi
kerana leukimia
Tuhan,mengapa yang aku saya harus dijemput olehMu terlalu awal...
kini
selepas bertahun berlalu
aku masih sendiri
buku merah jambu masih teman setia ku
mungkinkah di hujung sana
ada seseorang yang menantikan kehadiran ku
=)
senyum sayang....
seseorang pernah berkata
"dalam hidup memang perjalanan itu berliku...tapi percayalah...di hadapan sana pasti bakalan ada satu jalan yang lurus buat kamu."
mungkinkah?
2 orang mendoakan:
salam..
Itulah kehidupan..kita sebagai manusia sering diuji dan ada kalanya ujian tersebut juga mematangkan kita
yerp. :) setiap hari sy rasa sy semakin matang..
Post a Comment