CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, August 21, 2010

aku lihat, kamu juga lihat.

dari mata kasar seorang insan.......


pohon kasih sayang
pernah dengar?
hei!
bukan kasih sayang
kamu dengan kamu
tapi kasih sayang 
kamu dan isi dunia
itulah pohon kasih sayang

di saat aku melangkah
melewati lorong lorong 
di tengah ibu kota
banyak aku lihat anak kecil
jadi peminta sedekah
sungguh aku hiba

langkah ku teruskan lagi
di kaki lima banggunan
terbaring lesu susuk tubuh tua
wajah tiada sebarang riak
hanya sepi

lalu ku teruskan melangkah
di seberang jalan
seorang wanita muda
rambut kusut masai
jalan sambil membawa sebuah beg buruk
ketawa sendiri bicara seorang
kasihan

di manakah kita?
di waktu anak kecil hampir
disuakan cawan untuk sesuap nasi
kita paling wajah!
kita cemik muka!
hei!
biarlah jika dia dikerah agar bekerja
tidak kasihan melihat????
jika aku di situ paling tidak
rm2 akan ku hulur
aku pelajar dan itu semampuku

apa kita lakukan
nampak si tua terbaring di sana
tersenyum sinis melihat
ada rasa apa di hati?
kasihan?
hahahah! pasti tidak kan?
pasti saja mentertawa sendiri
betul?

apa tanggapan kita
melihat wanita muda
yang hilang ingatannya
tertawan riang lagak kanak-kanak
kita turut tertawa kerana kita rasa
itu lucu!

itu lah manusia biasa yang berfikir secara biasa

=)

jadilah manusia biasa tetapi berfikir secara luar biasa
pasti kamu akan lihat sesuatu yang tidak terluah
dengan bicara dari mereka
betapa susahnya hidup sebagai mereka


p/s : renungkanlah ya... =)

1 orang mendoakan:

annazanariah said...

cuba menjadi manusia biasa yg berfikir secara luar biasa.. nice entri darl~

Duit Poket