yeah! hari ni amat la heaven~ bersiar-siar ngan hero-hero saya~ patutnya hari ni mell ada kelas tapi dah gerak dari umah pukul 11.30 and kelas mula 12.30 sudah pastinya tak sempat sampaikan? selepas berunding dengan bonda tercinta, mell dibenarkan ponteng kelas~ so, mell dan adik-adik teruslah menuju ke rumah kazen tercinta cik fara~ beliau mengadakan open house hari ni~
so sampai-sampai, mama ayah ngan opah dah ada kat sana. mereka awal sikit dari kami bertiga. jejak je kaki, cik awok terus kata, "begedil ko acik dah buat." wahhhhh! macih la acik~ sayang acik la! ;) ekceli begedil dia buat tersedap penah mell makan.hee! pernah dulu, pegi rumah dia semata-mata nak maka begedil ngan soto. beria-ia mell paksa ayah~ sib bek family mell nak pegi~ hee!
dah menyantap semua, so waktu berborak tak hengat dunia.mell mesti ah gosip ngan cik fara cayang kan? ngee! ingatkan dapat jumpa incek black die~ tapi, beliau lambat plak~ tak tertunai lagi la~ hah! incek black dia panggil mell M&M sebab nama mell, malia masrom~ thank ye kasik nama unik tu kat saya!
dekat 3 jam di sana so kami pun gerak balik~ kami terus ke bandar tun razak nak g jumpa uncle aziz~ wew~ beliau arkitek berjaya! cam best je lepak ngan die tadi~ paling teruja adik mell la sebab dia amik bidang tu~ ada la sikit2 ilmu yang diturunkan~ ko grab k dik! grabbb! ;)
opst! dapat wet raya tau~ hee! rm20! oke ah~ dah tua2 ni dapat lagi~ lepas tu kami gerak balik~ mama terus balik umah tapi mell ngan hero2 mell g ampang~ ingat nak singgah umah kawan lama tapi beliau takde di rumah.so, kami terus ke mcd, rembat 3 ketul beger then terus gerak balik rawang.
hero sulung kata, nak ikut tasik yang kat batu caves tu, so mell pun setuju la.singgah jap tuang minyak pastu teruskan perjalanan.ekceli mell suka ikut situ sebab lalu ikut hutan rimba.tenang siot! ;)
sampai je kat area umah, adik singgah umah kawan dia, tetiba datang bekas anak murid mell 3 orang~ sembang2 ngan dorang jap, then terus balik umah!
kesimpulannya di sini, saya happy! hutan rimba tu memang menenangkan saya walau sekadar jalan di situ and jalan2 ngan hero2 itu yang terbaek! weh~ saya sayang la kamu!
=)
0 orang mendoakan:
Post a Comment