CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, October 18, 2010

Amalia Masrom



ini saya

10 perkara tentang saya

1. penyabar

orang kata saya penyabar. kawan rapat, tak rapat, bekas kekasih, sesiapa yang kenal saya, semua kata saya penyabar. sabar bagaimana saya sendiri tak tau. cuma bila saya dimarah, saya akan diam walau tu bukan salah saya. bila saya diejek dihina pun saya diam. mungkin sebab saya sedar diri. dan sebab tu agaknye saya ni tak reti marah. susah sangat nak marah. tapi kalau marah......... =)

2. suka muzik

saya sangat suka muzik. bagi saya muzik itu ketenangan. saya suka lagu2 yang melodinya perlahan. adik saya kata, saya suka R&B. mungkin. macam AKON~ err! tu R&B kan? hee!

3. adik saya itu kawan saya

saya tak ramai kawan. beberapa je. sekarang dah pindah ke rawang lagi takde kawan. waktu saya berjalan bila Ariff Masrom pulang ke sangkar. itulah waktu saya hang out. saya, ariff dan afiff. ;) kalau tidak dengan mama dan ayah. bertiga kami. hahaha! anak emak kan? ada saya kisah?

4. manja

saya anak perempuan tunggal dalam keluarga. dari kecik saya memanglah tak dilayan cam puteri. lagi pula saya anak sulung. kelebihan jadi tunggal perempuan takde la banyak mana. cuma, bila saya perlukan pertolongan dari ahli keluarga pasti dibantu. sebab...saya kan perempuan! hee!

5. suka laut

laut dan saya. saya memang suka laut. tapi saya tak suka mandi laut. jangan dipaksa. saya tetap taknak. saya cuma suka bau laut dan lihat ombak. setia ombak buat saya kagum. ;)

6. berpuisi

saya mula dengan semua ni masa sekolah menengah. saya mula menulis dan masuk pertandingan dan banyak yang menang. saya menulis dulu sebab ikut perasaan dan rasa saya hingga hari ni pun ia masih sama. :) menulis itu perlu jujur. dan kadang kejujuran saya sering disalah tafsirkan.

7. pelajar

saya masih belajar. hingga hari ni masih lagi dan mungkin untuk 4 5 tahun akan datang. 

8. pendendam

jangan cari pasal dengan saya sebab sekali saya membenci sampai mati saya benci! saya tak tahu bagaimana untuk ubah sikap ni. dah jadi darah daging saya. sebab tu sebelum saya marah saya cuba kawal dan sebab tu orang kata saya penyabar kot.

9. pink 

saya addicts dengan warna pink. suka sangat. sampai saya suruh ayah beli myvi pink. ahahah! tapi jangan harap. dia tu penggemar kereta luar negara. kene tunggu saya keje la nampaknya.

10. hati saya

seawal usia 17 tahun kekasih pertama saya pergi kerana kanser peparu. kekasih kedua kanser darah. dan ketiga kerana perempuan lain. sungguh saya gembira bersama mereka tapi sejak ditinggalkan saya lebih berhati-hati. dulu saya banyak cakap. tapi sejak dia pergi pada gadis tu, saya jadi seperti sekarang. mendiam itu lebih baik. =) tapi apa pun, saya sayang Sang Pencinta saya sebab dia lain dari mereka yang pernah hadir. =)


saya tak rumitkan? =)


2 orang mendoakan:

♥ annafeez ♥ said...

ouh...patotla pandai berpuisi hehehe kagum! :D

Mellyana Sara said...

hee! x de ape yang nak dikagum. saya biasa-biasa je.

Duit Poket