rasa itu menjentik lagi
malah makin kronik
benci tau?
hey rasa yang jahat
jangan singgah di hati
walau sesaat
kamu buat aku rasa sesak
mahu bernafas tiada rongga rasanya
pergi jauh
jangan datang lagi
aku tak mahu lihat kamu lagi
hey rasa yang jahat
kamu itu pembunuh hati tahu?
kenapa perlu hadir di saat
aku sudah boleh menerima
keadaan dan situasi yang berlaku
biarkan hatiku begini
andai ia sakit biar ia sakit sendiri
dan bukan sebab kamu rasa yang jahat
andai ia menangis biar ia menangis sendiri
bukan kerana kamu rasa yang jahat
amaran ya
jangan pernah singgah lagi
biarkan hati aku begini
dan terus begini
ia selesa bagiku
pergi!
Ratapan merapik
5 years ago
2 orang mendoakan:
ad cara yg baik xnk halau rasa tuh?
hahaha
kalau ada dah lama dihalau. masalahnya makin halau makin dia dekat. grrrrrrrrr!
Post a Comment