CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, February 15, 2011

Isteri Untuk Didakapi Bukan Dijadikan Pengalas Kaki


ini kisah saudara terdekat ku, yang membesar bersamaku, yang aku lihat majlis gilang gemilangnya, yang aku pernah dakap erat saat dia sah menjadi hak laki-laki itu dan kini cuma tinggal dia dan putera kecilnya kerana laki-laki itu tidak selayaknya menjadi seorang suami. 

petang kelmarin aku ke hospital menjenguk nenek yang kurang sihat dan kebetulan abang kepada bonda , pakcik ku datang. berbual-bual kosong hingga akhirnya terkeluar cerita tentang saudara perempuan ku. katanya, rumah tangga mereka sudah sampai kehujungnya. kes penceraian sudah difailkan dimahkamah. ringan mulut ini bertanya, apa sebabnya hingga begitu?

kata pakcik ku,

dia dipukul, disepak, ditumbuk hingga tulang belakangnya cedera. sekarang dia sudah pakcik bawak balik duduk bersama. susuk tubuhnya kurus melengkung. pernah pakcik katakan, tidak kita apa dan bagaimana, abah akan usahakan untuk runtuhkan rumah tangga kamu. dan selepas itu terpulang kepada kamu apa mahu dilakukan.dia sendiri sudah mengakui sudah tidak hati pada suaminya.  

selepas itu perbualan masih  bersangkutan dengan laki-laki binatang dan saudara perempuan ku. 

Ya Allah, dia itu wanita yang lemah lembut, tidak pernah tinggi suara, malah cantik pada pandangan ku, wajahnya menenangkan. kenapa sampai kamu sepak terajang dia begitu? di mana kasih sayang dan cinta kamu dulu? dia yang kamu pernah bilang cinta bilang sayang...mana pergi semua rasa itu....

kalau kamu itu aku jumpa di jalanana, memang aku pijak lumat! masih aku ingat saat hari persandingan itu dulu, saudara perempuanku itu kamu peluk erat di depan kami, dahinya kamu kucup hangat, tapi tidak sampai 10 tahun usia perkahwinan, ini pengakhirannya?

seandainya ada di antara yang membaca ini laki-laki, aku mohon pada kalian, jangan pernah sakiti isteri kalian. sedarlah, dia telah melahirkan zuriat kamu, bertarung nyawa untuk itu, menjaga makan minum kamu, menjaga kamu saat kamu sakit, membelai kamu saat lenamu...

jangan disakiti dia.....sayangilah dia....andai ada salahnya, usah kamu sakiti...tegur dan didiklah sewajarnya....dia isteri kamu, bukan pengalas kaki kamu untuk kamu lakukan sesuka hati...

saya hanya berkongsi ini sebagai pengajaran....maaf kalau ada yang tidak elok...ini...jujur dari hati.



2 orang mendoakan:

sarah mohamad said...

memang laki2 tersebut tak layak di buat suami . lebih baik bercerai daripada di sakitit . ini hakikat nya . ibu bapa pun takkan sanggup tengok anak mereka yg di tatang dari kecik sampai besar , di pukul sesuka hati .

Mellyana Sara said...

mak ayah die sendiri tak pernah naik tangan kat anak...tegur dengan elok...kes penceraian dah difailkan...harap selesai secepar mungkin...

Duit Poket