CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, March 6, 2011

Alhamdulillah


kadang-kadang aku terfikir yang kenapa dugaan ke atas kita semua berbeza. kenapa tak sama ye antara kita? kenapa yang di kiri ujiannya begini? yang di kanan ujiannya begitu? ada waktu aku rasa yang ujian dan dugaan ke atas aku. sudah terlalu berat untuk aku tanggung. hingga ada waktu aku rasa berputus asa. sungguh aku pernah rasa seperti itu.

rasa seakan tak mahu lagi terus hidup. seperti aku ditinggal sendiri kat atas bumi Tuhan. rasa seperti tak ada lagi yang kasihkan aku. rasa kosong. rasa seakan mati itulah yang terbaik. tapi itu dulu. itu bertahun-tahun dulu

kini aku sedar akan sesuatu. walau sejauh mana kita lari, ujian dan dugaan tetap akan turun pada kita dan kita takkan mampu melarikan diri lagi sebab itu sudah tertulis untuk kita. kuat atau lemah, cekal atau tidak, kita harus hadapi dengan seikhlas hati. 

ayah selalu kata, Tuhan sayangkan aku. Tuhan sering ingatkan aku. Tuhan tak pernah lupakan aku. sebab itu Tuhan duga aku, Tuhan uji aku begini. dan aku percaya, Tuhan memang sayangkan aku. walau berat mana dugaan itu, aku tetap cekal. sebab hanya manusia cekal yang mampu tempuhi hidup ini dengan tenang.

Syukur pada Tuhan atas segalanya. Meski ada waktu aku alpa dan sering lupa pada DIA namu tidak seinci DIA melupakan aku. Alhamdulillah.


2 orang mendoakan:

herumi said...

setiap ujian 2 telah dikhaskan kepada kita... sebab tuhan tahu... hanya kita yg boleh tempuhinya...

Mellyana Sara said...

:) HE knows the best for us.

Duit Poket