CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, March 13, 2011

Cinta Masa Lalu


Cinta. Setiap yang bernyawa atas bumi Tuhan ini perlukan cinta bukan? Dan cinta terhebat seharusnya cinta pada Sang Pencipta dan ayahbonda. Dalam kita sedar atau tidak cinta banyak mengajar kita pengalaman hidup. Mengajar kita mengenal kaca dan permata. Mengajar kita agar lebih menghargai. Mengajar kita agar menjadi lebih matang. 

Cinta masa lalu.

Cinta masa lalu aku - itu yang terbaik.

Cinta Pertama

Cinta ini yang akan aku kenang hingga hela deru nafas terakhir. Dia yang pertama hadir dan mengajar aku apa itu rindu dan sayang, apa itu cinta dan kasih. Dia lelaki yang senang dibawah ketepi ketengah. Dia tidak cerewet. Ayahbondanya juga kenali aku rapat. Cuma yang aku terkilan, di saat dia pergi kembali padaNYA aku tiada di sisi. Bondanya yang menyampaikan berita. Dia tinggalkan aku tanpa rasa sakit kecewa. Dia - akan aku sayang selamanya. Meski suatu hari nanti ada insan lain di hati, dia takkan aku buang menjauh. Aku rindu nak sebut ayat ni, " Abang, Princess sayang abang selalu. "

Cinta Kedua

Ini setahun selepas permergian dia. Ku cuba buka hati untuk lelaki lain. 3 bulan bersama aku terima satu perkhabaran duka. Dia menghidap leukimia dan sudah kritikal. aku bersama dengannya selama 9 ke 10 bulan. Tidak sampai setahun pun. Ada sekali itu, di depan mata aku, aku lihat sendiri bagaimana hidungnya bercucuran darah. Sungguh aku panik. Akhirnya kami ke klinik berdekatan. Dan itulah kali terakhir kami berjumpa kerana selepas itu dia kembali ke Kelantan dan menghembuskan nafas terakhirnya di sana. Beberapa hari sebelum dia pergi, kami ada berhubung dan aku dengar bunyi hujan jatuh di bumbung rumahnya. Dan pada waktu itu dia katakan, " Andai jasad ini boleh abang bahagi dua, 1 biarlah berkubur di sini, dan satu lagi di sana agar senang sayang ziarahi. " Sayang tak pernah lupakan abang. Semoga abang abadi di sana. 

Cinta Ketiga.

Ini cinta sewaktu di kolej. Sungguh, aku fikirkan dia yang terakhir. Aku fikir dialah pelindung dan pendamping masa tua aku kelak. Tapi ternyata aku tersalah tafsir. 3 tahun bersamanya seolah tiada harga. Dia curang dibelakangku. Dia pergi pada perempuan lain. Dan aku, akur andai ini takdir Tuhan. DIA lebih tahu apa yang terbaik bukan. 

Cinta Keempat.

Ini Sang Pencinta yang sudah aku buang jauh segala rasa. Biarlah hanya aku dan dia yang tahu apa yang berlaku dan mengapa ini akhirnya. Sesungguhnya, dia ada aura yang aku tunggu-tunggu. Moga TUHAN melindungimu selalu. Aku tahu aku tak cukup mulia untuk bersamamu.

Cinta dari Allah.

Cinta ini yang aku damba yang aku nanti yang aku tunggu. Cepat atau lambat, aku tahu percaturannnya bukan di dalam genggaman ku. Moga Tuhan permudahkan segalanya. 


0 orang mendoakan:

Duit Poket