CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, May 18, 2011

Aku dalam persimpangan dilema~


ada detiknya kita akan tiba pada satu keadaan di mana kita perlu membuat keputusan. atau mungkin, memilih antara dua yang terbaik. 


dulu masa kecil-kecil selalu keliru. nak beli ais krim mana satu. cokelat atau vanila? nak beli air apa. sirap atau bandung? nak pakai baju warna apa. merah atau biru? susahkan? waktu kecil yang memikirkan perkara yang sebenarnya tak sesukar mana.

bila umur meningkat mula fikir esok hari minggu nak pergi berjalan ke mana ya
bukit bintang atau mid valley?esok nak pergi tuisyen ke ponteng?
malam nak lepak mana dengan kawan-kawan. Mamak stall atau kedai mak kiah?

bila dah besar sikit lagi
nak beli kasut ke beg duit baru?nak handphone baru ke camera baru?
nak beli laptop sony atau HP?

dan bila tiba pada satu keputusan yang melibatkan masa depan
keputusan yang paling tepat diperlukan


"Tapi mak, saya minat melukis.Saya tak suka undang-undang"

" Saya nak belajar menyanyi. Bukan melukis. "

" Saya perlukan kalkulator dan bukan teleskop. "

Apabila orang lain yang cuba mengatur hidup dan membuat keputusan untuk kita, hidup jadi sukar. yang kita mahu pasti dihalang. 

:)

jadi, andai tidak mahu berada dalam persimpangan, fikirkan sedalam dan semasaknya. Saya selalu berada dalam persimpangan. Dan pilihan yang saya buat, melepaskan pilihan kedua terbaik dan pilih yang terbaik. biar ia tidak baik di mata orang lain, cukup ia memuaskan hati saya. bukan kita sebagai manusia sentiasa mahu kehendak dan keperluan dipenuhi serentak?

Walaubagaimanapun, sebagai seorang Islam, solat istikarah jalan yang terbaik. Solat istikarah bukan setakat untuk mencari jodoh, hatta nak beli kereta, rumah malah basikal pun, solat istikarah sangat membantu. :)

dengardengarkan dan selamat beramal! ;)



0 orang mendoakan:

Duit Poket