CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Friday, May 20, 2011

Bila diuji, bertabahlah.


Jangan berputus asa. Rencana Tuhan kita tak tahu. Itu dalam genggaman DIA.


Hidup tanpa dugaan, tak menarik. Itu pada aku. Andai jalanannya begitu saja, tiada klimaks cerita, mana menariknya. Lagi pula, bukan ujian itu mendekatkan kita pada Tuhan. DIA itu maha mendengar. Pohonlah apa saja. Pintalah apa jua. Insya Allah dimakbulkanNya. Sesungguhnya, Allah S.W.T itu maha pemurah lagi maha pengasihani. 

Hidup aku pernah diuji dulu. Suatu masa dulu. Waktu baru mahu kenali dunia. Diuji dengan cinta, dengan kesempitan hidup, dengan masalah pelajaran dan 1001 ujian lain. Sungguh, aku pernah tewas. Terpuruk di bilik merenung nasib hidup yang kian gelap. 

Waktu itu aku sering tertanya ;

Kenapa aku?
Kenapa orang baik harus pergi dulu?
Kenapa mesti sesukar begini?

Cahaya yang terang terlindung oleh bayang. Aku sudah tak nampak semua itu. Pada waktu itulah, bonda hadir. Menanyakan sesuatu yang buat aku fikir sejuta kali. Terima kasih bonda. :)

Ujian Tuhan ada rahmat. Ujian Tuhan ada hidayah. Ujian Tuhan ada 1001 rahsia yang penghujungnya tetap membahagiakan kita. Jangan pernah putus asa. Jangan pernah. Bertabahlah. Kuatkan hati. Andai itu yang kita mahu dan bukan itu yang kita perolehi, itu kerana Tuhan telah simpankan sesuatu yang terbaik untuk kita. Tuhan telah menrencanakan yang terindah buat kita. Tuhankan maha penyayang. 


Senyumlah. Senyumkan tak perlu kata apa-apa. Senyum juga penawar duka. Senyum itu penghibur lara. Percayalah, andai hari ini matahari sembunyi, esok akan hadir pelangi buat menemani. Walau seketika, setidaknya pernah terbit juga rasa gembira. Tak selamanya kita merana. Kan? 

* * * * * * 

" Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya aku redha di atas setiap ujianMu. Ampunkan salah dan dosaku. Hanya kepadaMu aku berserah seluruh jiwa dan ragaku. Amin. "




0 orang mendoakan:

Duit Poket