CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, June 5, 2011

Lumrah Bercinta - Tak Perlu Begitu

" Betul. Demi cinta, lautan api abang sanggup renangi. Apa saja demi ayang. "


Pernah korang dengar ayat tu? Haish! Tak mau tipu kata tak pernah. Dalam drama melayu, novel cinta melayu, berlambak dialog seperti itu. Lepas saja si lelaki ucap kata-kata keramat seperti itu, si gadis terus lentok kat bahu si lelaki. 

" Romantiknya abang ini. Terharu ayang!"

Well, itulah keadaan bila pasangan bercinta. Ucap janji, lafaz itu ini. Waktu itu, suruh telan batu dengan kayu pun sanggup asalkan yang disayang gembira. 

Oke, pada waktu usia aku 18 dulu, aku pun buat benda macam ini. Antara kami berjanji macammacam. Sampai sehidup sematilah kata orang. Hinggalah pada saat aku dan dia putus. Hubungan itu tamat dengan sejuta janji yang pernah kami lafaz. Konon, demi cinta, apa saja sungguh aku rela. Tapi hakikatnya, dari 10 belum tentu 1 janji tertunai. Well, manusia kan?

Sekarang dah 24. Aku rasa dalam keadaan seperti ini, melafas janji sudah tidak memainkan peranan. Malah hendak 1 harapan ke atas sebuah janji pun aku sudah tak sanggup. Bagi aku biarlah hubungan berlansung begini ;

Saya sayang awak. Sungguh saya sayang awak. Awak sentiasa ada dalam hati saya. Tapi, ada waktu saya terpaksa melupakan awak bila ia tiba pada saat saya perlu tumpu pada masa depan saya. Ya, saya tahu awak juga masa depan saya. Tapi masa depan yang saya kejar ini lebih menjamin masa depan kita bersama. Saya tak mahu berjanji apa. Cuma satu saya pesan, kealpaan saya pada awak bukan bermaksud saya sudah berubah hati. Tidak. Saya harap awak faham. 

Begitu hidup aku sekarang. Aku tak mengharap dia hubungi aku kerap. Dan aku sendiri tidak hubungi dia kerap. Kami ada hidup masingmasing. Ada yang perlu ditumpukan. Dan alhamdulillah, hingga detik ini dia menerima cara aku. Belum pernah dia merungut. :)


Nampak itu? Terlalu banyak hendak dilakukan. :) 


p/s : hidup dengan cinta memang bahagia. Tapi ada waktu hidup tanpa cinta itu lebih bahagia sebab cinta yang kita punya waktu itu,  cuma untuk DIA. Alhamdulillah

7 orang mendoakan:

Unknown said...

tak sangka. jahilnya manusia bila ada sanggup telan batu dan kayu krn cinta..

ANTARA CINTA,JODOH DAN MEMILIKI

senyumSOYA said...

(^^~

kejar apa yang penting..
kejar redha tuhan..
kejar cinta Allah..
Allah akan bagi cinta yang banyak kan..
insyaALLAh..
semoga jodoh adalah dia..(^^!

Cahaya Kehidupan said...

betul,sebab dulukan yang penting,jodoh itu akan datang kemudian.insyaAllah..=]

Anonymous said...

sesungguhnya cinta kepada DIA adalah cinta yang kekal abadi...

Mellyana Sara said...

Dr. Love - ;)

SOYA : Allah sentiasa berikan cintaNya pada kita. Sedar atau tidak. :)

CK : agree!

WANDA : ;)

Kik0 ♥ QiLaH said...

CINTA tak semestinya memiliki~

sobsob Y__Y

Mellyana Sara said...

jangan sedih. Tuhan dah ada yang sesuai untuk kamu. sabar eh?

Duit Poket