CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Friday, June 17, 2011

Tidak Perlu Sempurna Untuk Menyintai


" Aku tidak pernah sempurna tapi aku akan berusaha untuk menyempurnakanmu. "


Setiap yang bercinta pasti inginkan kesempurnaan sedangkan mereka seharusnya sedar, tiada satu pun yang sempurna kecuali DIA. Begitu juga bagi si gadis atau jejaka yang sungguh mencintai pasangannya, pastikan ingin berikan yang terbaik untuk si dia hingga ada waktunya tanpa sedar, kesempurnaan yang cuba diberi, mengecewakan pasangan mereka. 

Dulu, aku pun seperti itu. Ingin berikan yang terbaik. Segala kehendak dan kemahuaan dia, segala aku turutkan. Mungkin aku memang dilahirkan sebagai itu. Cuba memberikan yang terbaik untuk pasangan aku.Sehingga ada waktunya, apa yang aku buat memualkan hatinya. Tapi itulah kita, manusia. Yang terbaik kita fikirkan, lain yang kita lakukan. Tak mengapa. Lumrah bukan?

Aku juga suka melihat sisi aku sambil memerhati apa yang indah di mata. Seperti semalam, sewaktu ingin pulang dari kampus, sepasang kekasih sedang berjalan dalam terik matahari sambil berpayung berdua. Si lelaki memakai jeans longgar, t-shirt berkolar kuning dan si gadis memakai jeans berwarna biru dan t-shirt berkolar merah jambu. Si lelaki erat memaut bahu si gadis tapi wajah si gadis masam mencuka. Dalam fikiran aku waktu itu cuma satu aku fikir. Lelaki itu tidak mampu mengadakan sebuah kereta agar si gadis selesa ke mana-mana tapi di sudah cuba memayungkan gadis itu agar tidak panas kerana terik matahari. Well, aku harap tafsiran aku ini salah.



Percayalah, jika kesempurnaan yang dimahukan dalam bercinta, itu tidak akan wujud. Sebaliknya lengkapi dia sebagai pasangan kamu. Berikan dia kasih sayang dan perhatiaan agar dia tahu kamu menghargainya. Setiap apa dia lakukan, berikan sokongan. Andai dia seorang pelajar seperti aku, berikan dia semangat dan andai dia seorang yang sudah berkerjaya, fahami dia sebaikbaiknya. Jangan pernah mempersoalan apa kurangnya dia sebaliknya belajar menerima apa adanya dia. Insya Allah, kebahagiaan milikmu.

:)

Aku? Biarlah sendiri begini hingga ke satu saat aku bertemu cinta sejati aku. Buat masa ini, cinta aku hanya pada buku dan menulis. Ini jiwa aku. Aku bahagia begini.


p/s : Ketidaksempurnaan itu kebahagiaan buatnya. 

0 orang mendoakan:

Duit Poket