CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, July 16, 2011

Andai Ajal Aku Tiba





tibatiba terfikir ;

kalau malam ini Tuhan ambil nyawa aku
saat dalam lena aku
apa akan terjadi dengan orang yang aku sayang

pada ayah bonda yang tak sempat aku balas jasa mereka
pada adik adik yang tak sempat aku lihat hidup mereka
pada teman yang gembira sedih bersama
pada kawan yang ada saat senang tidak susah
pada saudara mara yang setahun sekali berjumpa

dan

pada IMAN 
yang tak sempat tahu seluruh pelosok isi hati aku

hem.

Ajal tidak pernah terlewat walau sesaat atau cepat sesaat
Malaikat pencabut nyawa konsisten dengan tugas mereka
bagaimana ya saat mereka ambil nyawa aku
direntapkah disentapkah atau dengan penuh lemah lembut

malam ini malam Nisfu Syaaban
catatan aku selama setahun sudah tiba waktu untuk dihantar 
buat penilaian Maha Esa
dan malam ini bermula catatan amalan baru aku
rasanya bergunung dosa aku lakukan
melimpah air dilautan untuk dihitung DIA


agakagak kalian
kalau aku mahu sogok Tuhan dengan janji manis 
mahu kaburkan mata Tuhan dengan ucap manja
mahukah DIA?

sungguh,
tibatiba rasa takut dijemput ajal jelma

Tuhan,
dosa aku umpama buih dilautan
tidak terhitung banyaknya
aku mohon ampunkan segala dosa silamku
aku mohon ampunkan khilaf aku 
aku pinta padaMu
berikan aku peluang 
sekali cuma 
agar dapat aku tebus segala dosa silam aku

:'(

aku hambaMu yang kerdil memohon dengan rendah hati
dengarkanlah permintaan kecil ku ini.

amin.


p/s : saya nak solat sunat, nak puasa esok, nak baca Surah Yassin malam ini, tapi keadaan tak mengizinkan. :'( sayu...sangat sayu....... 



0 orang mendoakan:

Duit Poket