CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, July 4, 2011

Hati | Berhenti Berharap


" Dalam tubuh badan manusia ada satu bahagian yang kita harus jaga. Iaitu hati. "




Aku dah biasa terbang tinggi sampai ke langit ke tujuh. Dan aku juga biasa jatuh tersungkur yang sakitnya seakan ingin mati. Aku pernah rasa bahagia seakan isi dunia ini milik aku. Dan aku pernah mati selepas ditinggalkan dia. Aku pernah rasa semua itu. Semuanya. Sedih, gembira, hiba, perit.....

Kalau ditanya harapan dalam hati, aku tidak berani menaruh harapan lagi. Harapan itu memanglah ada. Tipu kalau aku cakap tak adakan? Tapi tidak terlalu meninggi. Aku takut aku sakit lagi. Rasa sakit yang aku pernah rasa itu, hingga detik ini masih aku rasa. Aku sedar aku bukan manusia sempurna tapi aku akan cuba menyempurnakan hidup sesiapa jua yang bakal menjadi pendamping aku. 

Hari-hari aku memang suram selepas ditinggalkan. Berapa banyak cinta yang aku tolak. Sebab? Aku tak mahu aku kecewa lagi. Sakit! Dicurangi dan ditinggalkan mati, biarlah aku ditinggalkan mati macam arwah Fitrie dan arwah Riduan. Tapi selepas hadir dia, aku jumpa cahaya aku lagi. Aku tak tahu diakah yang tercipta untuk aku. Hmmmmm.

Aku tidak mudah lafaz cinta. Sukar. Tapi tidak pada orang yang aku sayang. Aku less reaction. Lagilagi pasal hati. Dalam hidup aku, aku sayang aku cinta aku rindu, hanya 3 patah perkataan aku tau sebut. Saya sayang awak. :) aku boleh mengarang beratus perkataan tapi bukan sebut apa aku tulis. 





Aku masih menanti jodoh dari Tuhan. Aku tak cari yang hebat. Aku cuma cari yang mampu jaga aku. Itu saja. Jaga aku dengan baik sebab kalau dia tak jaga aku dengan baik aku tak janji akan jaga dia dengan baik. :) Kalau Tuhan mahu uji aku terusan begini, tak apa. Aku akur. Itu tanda Tuhan sayang aku kan? 


p/s : Entry panjang pagipagi cam ape je kan? :)



1 orang mendoakan:

pelangi said...

betol tu..pape pon kite cube bersabar yek,.

Duit Poket