CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, July 12, 2011

Miss You






Kadangkala kita tak tahu kenapa tibatiba kita teringat sesuatu yang sudah lama meninggalkan kita. Kita sering fikir kita kuat, kita hebat, hati kita kental, jiwa kita tabah tapi sebenarnya, akan ada 1 hari yang kita akan menangis sendiri. Kerana rasa sepi kehilangan dia. 

Dulu, waktu Tuhan jemput arwah Fitrie pergi, aku marah. Aku marah dia, aku marah mak abah dia, aku marah kakak dia, aku marah anak buah dia, aku marah semua. aku marah sebab takde sorang dari mereka
bagi tahu aku arwah sakit. takde sorang bagi tahu aku arwah menderita. Aku cuma tahu, tibatiba mak arwah call aku beritahu,

" Alia, mak harap Alia kuat ya. Sabar ya. Abang dah tak ada lagi.."

Waktu itu hari pertama aidlfitrie. Malam itu aku sempat cakap dengan dia. Dia kata dia sayang aku. Dia nak kahwin dengan aku. Dia tengah kumpul duit untuk itu. Dia kata bila aku habis study, dia akan terus pinang aku. Dia nak hidup dengan aku. Tapi aku tak jawab apa. Aku diam. Tak. Bukan aku tak sudi. Tapi aku baru 17 tahun waktu itu. Apa yang aku boleh fikir? 

Setahun aku dengan dia. Cuma setahun. Dia lelaki baik. Dia faham aku. Dia support aku. Dia kata, 

" Kene belajar rajinrajin. Sebab bila kita kahwin, ada anak, nanti anak kita tanya takdelah princess abang tak tahu jawab. "

Diari hijau. Itu mencatat semua. Dan diari itu harta aku paling berharga. Cuma itu aku ada. Aku tak punya sekeping pun gambar dia. Satu pun tak. Aku tak ada apaapa untuk aku tatap kalau aku rindu. Dan hari ini dah hampir 7 tahun dia pergi. Dan aku masih tak mampu lupakan dia. Dia hebat. Itu saja.

Hari ini, aku tak tahu kenapa aku rindu dia. Terlalu rindukan dia. Aku rindu suara dia, aku rindu ketawa dia, aku rindu redup mata dia, aku rindu bau perfume dia, aku rindu hangat peluk dia, aku rindu bunyi gitar dia, dan paling aku rindu kasih sayang dan cinta dia. 

Tuhan pinjamkan dia cuma setahun untuk aku sayangi dia. Dan selama setahun itu, banyak benda aku tak sempat lafazkan pada dia. Banyak sangat. Tapi aku harap dia faham. :')

Untuk abang,

Princess rindu abang
rindu sangat
princess akan selalu doakan abang
semoga Tuhan tempatkan abang diantara kesayanganNya
tunggu princess di syurga ya
kalau ada jodoh kita 
kita jumpa di sana

princess sayang abang!




2 orang mendoakan:

pelangi said...

sabar lah ye....

Mellyana Sara said...

cuma...rindu dia.. :')

Duit Poket