CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, August 10, 2011

Cinta - Manis Ke?



" Saya akan teman awak, selama awak mahu saya temani awak. "



Assalamualaikum semua.

Ya, aku dah kembali dengan penulisan begini. Selalunya, bila aku mula dengan begini, pasti ada sesuatu untuk aku kongsikan. Harap, kalian tak jemu membacanya ya. Sekadar sebuah pemerhatian yang aku dapat selama hampir 3 bulan aku di UTAR.

Serba sedikit tentang kelas aku ya. Kelas aku terbahagia kepada dua. Aku rasa manamana tempat pun sama. Lecture dan Tutorial (Maaf.Bahasa Melayunya aku tak tahu apa.) Untuk Lecture class, dewan besar yang boleh menampung hampir 170-200 orang pelajar. Ramai. Sangat ramai. Dan cuma 3 melayu dari keseluruhan itu. Selepas hampir 3 bulan di sini, aku dapat mengenal pasti sepasang pasangan kekasih ini. Nama si lelaki Stephen, dan perempuan Lydia. Aku mula perasan tentang mereka selepas salah seorang teman rapat di UTAR bercerita tentang mereka.

Apa yang menarik? Mulamula, beberapa hari selepas sedar tentang mereka, si lelaki datang ke kelas dengan tanda merah di leher. Sambil genggam erat tangan si perempuan. Ok. Pada aku itu manis. Jangan tanya kenapa. 



Lelaki ini memang manis. Cukup manis pada aku. Dia bawakan beg perempuan ini. Oh, mereka kongsi beg aku rasa. Sebab, beg tu besar sangat. Kemudian, botol air besar itu pun lelaki itu bawakan, fail perempuan itu pun lelaki itu bawakan. Perempuan itu cuma bawa badan sahaja. Dan keadaan yang aku lihat itu, sama seperti waktu aku dengan dia dulu. Aku hanya perlu berjalan ke kelas tanpa bawa apaapa sebab semua dia bawakan. Dan aku rasa, bukan perempuan itu yang minta sebaliknya lelaki itu yang tawarkan diri. Oh. Itu tidak cukup manis. Ada lagi yang manis. 

Petang tadi, kebetulan mereka berdua ada presentation perlu dibuat dan diwajibkan berpakaian formal. Oh, di sini semua pelajar berbasikal ya. Sampai ada papan tanda, " Give way to cyclist ". Sampai begitu. Selalu mereka berdua berbasikal bersama. Tapi tadi keadaan tak mengizinkan. Jadi, si gadis dengan skirt pendek dia, baju singkat dia, berpimpinan tangan dengan lelaki itu. Dengan hujan renyairenyai. Romantik sungguh! Dan apa yang aku nampak sekali lalu itu, cara lelaki tu genggam tangan perempuan. Tak berubah dari pertama kali aku nampak sebulan selepas aku masuk UTAR.

Aku pernah terbaca satu artikel, tentang cara lelaki itu genggam tangan perempuan itu. Longgar, ketat, atau tak mahu lansung. Dan lelaki itu, pegang dengan benar amat erat. Seakan takut perempuan itu lari. Aku harap, bahagia mereka rasa bukan setakat hari ini tapi sampai ke hari aku dapat kad undangan kahwin mereka. Jujur, aku suka lihat mereka. Sampai kadangkala dalam kelas, leka tengok mereka berdua saja.  

Serius, mereka manis bersama. Dan aku dengar, mereka bersama sudah hampr dua tahun setengah. Semoga Mr.S dan Miss.L bahagia ya. Aku nak lihat kamu berdua begini sampai bila-bila. 


Harap tak jadi begini la ya. :)


Okelah. Aku nak tido. Esok ada presentations. 2 lagi. Doakan aku ya kalian semua. Jauh lagi nak jalan.
Esok, aku ada sesuatu nak ditulis di sini. Nantikan ya. Selamat malam. Aku sayang kalian!




0 orang mendoakan:

Duit Poket