CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, August 16, 2011

Hidayah Tuhan







Seorang lelak tua beruban putih
sedang duduk di atas sebuah kerusi malas
digoyangnya perlahan sambil matanya memandang ke satu arah
di sisinya seorang lelaki muda sedang duduk
menemani pakcik itu ;


" Pakcik dah tua. Entah bila Tuhan ambil nyawa pakcik."


" Kenapa pakcik harus merungut pakcik ini tua? "


" Banyak salah pakcik lakukan di masa muda. Pakcik benarbenar menyesal. "


" Syukurlah. Setidaknya, pakcik masih sempat bertaubat. Masih belum terlambat. "


" Mahukah Tuhan menerima taubat pakcik? Pakcik ini berjudi, minum arak, berzina, pukul anak isteri. Mahukah Tuhan ampunkan pakcik? "


" Pakcik, pintu taubat sentiasa terbuka. Tuhan itu Maha Pengampun. Jangan dipersoalkan itu semua. Seandainya di hati kita terdetik ingin berubah, itu sudah bagus pakcik. "


Pakcik tua itu tersenyum. Hambar. 


" Pakcik, dalam hidup ini kita diberikan hidayah olehNya dengan pelbagai cara. Ada itu, tanpa diduga hidayah datang kepadanya. Dalam keadaan dia masih sempurna. Namun, ada sebilangan yang lain yang hidayahnya hadir dengan bala, dengan ujian. Bersyukurlah pakcik, setidaknya semasa hidup ini pakcik masih sempat mendapat hidayahNya. "


" Pakcik harap, segala khilafnya pakcik selama ini diampunkan Tuhan. Pakcik takut dengan seksa neraka. Pakcik takut dengan hukum Tuhan. Pakcik takut, nak."


" Pakcik, itu semua antara Tuhan dengan kita. Banyakkan berdoa. Solat 5 waktu jangan tinggalkan. Insya Allah pakcik. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama. DIA bukan kejam pada kita. "


Perlahanlahan pakcik itu bangun dan berdiri
lalu didakap erat anak muda itu


" Kamu anak yang baik. Semoga Tuhan merahmati kamu. "






p/s : Tuhan tidak pernah kejam. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah daripadaNya. 




3 orang mendoakan:

ilovekampungku said...

sedihnyer entry yang atas tu...

mai la singgah blog saye http://ilovekampungku.blogspot.com/

Mellyana Sara said...

:')

Cangkul Emas said...

hidayah hadir jika hamba hendakkannya.

Duit Poket