CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, August 22, 2011

Hidup | Kalau Cuma Berbaki 3 Bulan?


Masih ingat tentang entry yang aku kata pasal pensyarah aku 
suruh tulis surat harapan? 

Kat sini aku tulis balik apa aku telah karangkan
sepatutnya bahasa inggeris tapi tak kuasa la
bahasa melayu sudahkan?

Soalan : Seandainya kamu hanya boleh hidup untuk 3 bulan lagi, apa yang kamu ingin ayahibu , adik beradik, suami/isteri dan anak-anak kamu kenangkan kamu. 



Kalau saya boleh hidup cuma untuk 3 bulan lagi ;

Saya mahu ayah dan ibu saya kenangkan saya sebagai anak gadis mereka yang manja, penyayang, dan memahami. Saya mahu mereka bahagia selama bersama dengan saya. Saya harap mereka bangga mempunyai seorang anak perempuan seperti saya. Saya mahu bila orang tanya siapa yang meninggal, mereka akan jawab, " Itulah anak gadis saya yang manja, yang penyayang, yang membahagiakan kami berdua. " Dan saya harap ayah dan ibu saya akan mendoakan saya nanti. 

Adik beradik ;

Saya harap kedua-dua adik lelaki saya akan kenangkan saya sebagai kakak mereka yang penyayang dan memahami. Saya harap segala kenangan saya dengan mereka akan buat mereka terus hidup. Dan bila orang tanya, siapakah yang meninggal itu? Mereka berdua akan menjawab, " Kakak kesayangan kami yang sangat memahami kami. Beliau seorang kakak yang penyayang." Dan mereka akan mendoakan saya kelak. 

Suami ;

Saya harap suami saya akan kenangkan saya sebagai isterinya yang terbaik. Seorang isteri yang melengkapi hidupnya, yang memberikan kebahagian tidak terhingga kepadanya. Saya harap, bila saya sudah tiada, dia akan rindukan suara saya, manja saya, masakan saya, belaian saya dan sentiasa mengingati saya dalam setiap doanya. Dan apabila orang bertanya, siapakah yang meninggal itu? Dia akan menjawab, " Itu isteri yang paling saya cintai. Kini saya telah kehilangan seorang kekasih hati yang telah membahagiakan saya. Saya takkan pernah berhenti mencintainya walau dia telah tiada. " Dan dia akan mendoakan saya dia setiap kali usai solatnya. 

Anak-anak ;

Saya harap anakanak saya akan kenangkan saya sebagai ibu yang terbaik. Mereka akan merindui masakan saya, belaian saya, kasih sayang dan cinta saya. Mereka merasa bangga mempunyai ibu seperti saya. Dan tidak pernah malu untuk mengakui saya ibu mereka. Dan apa bila orang bertanya, siapa yang meninggal itu? Mereka akan menjawab, " Itu ibu kami. Beliau seorang ibu yang penyayang. Beliau amat memahami kami. Dan kami akan merindui sentuhan kasih sayangnya. " Dan mereka akan mendoakan saya hingga saatnya mereka menyusuli saya. 


- Itu yang aku karang. ;) jangan ambil serius ya. Ini hanya surat harapan. Kalau mahu mencuba jawab soalan ini, silakan. Dan beritahu aku sebab aku ingin melihat surat harapan kalian juga. -



1 orang mendoakan:

pelangi said...

dan aku hilang mak aku...
semua orang tny
mane aku mase tu??
aku jawab g wat asgnment
dan dorang sume
marahkan aku
mereka ckp,..
dulu aku anak yang mlas..

Duit Poket