CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, August 18, 2011

Menilai | Erti Kasih Sayang




Kasih sayang? Masa zaman kanak-kanak aku, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang. Barangkali, kanak-kanak lain pun sama. Waktu itu yang kami sebagai kanak-kanak faham, bila dibelikan mainan itulah sayang. Dibelikan baju seluar baru, itulah sayang. Di bawa berjalan-jalan itulah sayang. Kasih sayang itu ditunjukkan dengan hadiah. Dengan pemberian. Dengan hadiah. Bukan dengan sesuatu yang tidak dilihat mata.

Peredaran zaman kian beralih. Memasuki alam remaja, sesuatu yang semua orang tunggukan? Tak ada lagi istilah, kanak-kanak bawah 12 tahun, tak perlu berkepit dengan ayahbonda kalau hendak ke mana-mana, tak perlu lagi sambut hari kanak-kanak sedunia. Banyak yang boleh ditinggalkan. Dan pada usia ini aku mula belajar, apa erti dan apa beza sayang. Aku banyak memerhati. Hingga terkadang terkejut dengan apa yang lihat.

Waktu aku masuki alam sekolah menengah, senior aku dengan selamba pegang tangan dalam sekolah, ada yang berdating depan sekolah, ada duduk makan rapat-rapat di kantin. Ah, macam-macam lagi. Itu membuatkan, pada aku kasih sayang itu ditunjuk dengan cara begitu. Harus berduan, harus bersama di meja makan, harus berpegang tangan. Pernah aku tefikir, kalau tak berduan, tak berjalan bersama, kalau makan meja asing-asing, tak sayangkah? Dan persoalan aku tergantung hingga ke suatu saat aku mula faham apa itu sayang. 




Aku mula belajar apa itu kasih dan sayang yang sebenarnya, bila aku mulai kenali arwah Fitrie. Lelaki pertama dalam hidup aku. Ya. Memang aku angau waktu bersama dia. Dia lelaki manis. Perbuatannya tidak pernah sedkit pun melukakan hati aku. Dia sangat menjaga perasaan aku. Dan akhirnya, aku mulai jatuh cinta pada dia. Kasih sayang itu menghadirkan cinta. Itu yang aku belajar. Lalu aku tertanya, bagaimana untuk membuang rasa cinta kalau kasih sayang itu menghadirkannya. Sukarkan, bila kita terluka hati dek kerana cinta, lalu untuk membuang rasa cinta itu menjauh, sesuatu yang paling payah untuk kita lakukan. 

Lalu ini yang aku buat. Andaian aku, untuk membuang rasa cinta, hadirkan rasa benci. Gantikan kasih sayang itu dengan rasa benci. Mungkin, akan hilang rasa cinta. Sebab perasaan benci itu sudah memenuhi rongga hati. Andaikan aku saja. Mungkin salah. Lalu andaian ini tidak berkesan.

Tapi, seusia aku menghampiri 24 tahun ini, kasih sayang itu apabila dalam hati kita, sentiasa ada mereka yang kita sayang. Walau kita jauh, mereka tetap wujud dalam hati kita. Dan sesungguhnya, kasih sayang yang paling membahagiakan ialah, kasih sayang Illahi. Tuhankan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




Aku tak sempurna dalam menyayangi apa lagi menyintai. Namun aku harap kasih sayang dan cinta yang aku ada, cukup untuk dikongsikan dengan seseorang yang aku bakal lengkapi tulang rusuk kirinya nanti. Amin.


p/s : Aku mahu seorang lelaki yang boleh mengimamkan solatku, seorang lelaki yang mampu membimbing bacaan Al-Quran ku, seorang lelaki yang boleh mendoakan aku kelak seandainya aku pergi dulu sebelumnya dan seorang lelaki yang sudi menemani aku hingga ke akhir hayat aku. :)



4 orang mendoakan:

remotrsj said...

cinta Illahi , cinta abadi :)

Mellyana Sara said...

;)

A said...

yea..its true, love ain't game to play..love Allah first..cuz Allah the everlasting one..n insyaAllah one day u'll meet ur Mr. Right..always pray ;)

Mellyana Sara said...

amin. mogamoga ya. ;)

Duit Poket