CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, September 1, 2011

Cerpen | Bahagia Kita




" Sudahlah. Kita putus. Saya tak sanggup lagi. "

" Tapi kenapa? Awak dah tak sayang saya lagi? Dah tak cintakan saya? "

Sepi. Dia bangun dari kerusi meja makan itu lalu mundar mandir di depan aku. Kiri kanan. Kepala aku ikut sama bergerak. Penat begitu, dia duduk semula di depan aku. Meja makan itu menjadi tempat dia meletakkan tangan. Dipatah-patahkan jemari runcingnya. 

" Awak ini kenapa? Peninglah saya tengok! " 

Dia mendongak memandang aku lalu kembali tunduk merenung meja. Sepi lagi. Penat menanti jawapannya, aku menarik tangan dia lalu menarik dia ke luar rumah. 

" Mak, orang keluar sekejap! Bawa Inda keluar sekejap!" Jerit aku kuat memandangkan mak aku berada di dapur ketika itu.

Aku tarik dia hingga ke kereta, menyuruh dia duduk di tempat duduk penumpang dan aku segera ke tempat duduk pemandu. Enjin kereta aku hidupkan, masuk ke gear D, gear tangan diturunkan, dan aku terus memecut kereta. Ke mana? Soal hati aku. Sekilas aku mengerling ke arahnya. Masih merenung jari jemarinya. Kenapa budak seorang ini? Hati kecil aku tertanya sendiri.

" Awak, kenapa ini? Tiba-tiba mahu putus. Mengejut tahu tak? " Soal aku perlahan sambil tangan kiri aku menyentuh jari jemarinya lembut. Aku sayang budak manja ini. Bukan baru sehari dua aku dengan dia. Sudah 4 tahun. Dia sajalah kekasih aku. Tak mahu aku menduakan dia. Walau kadangkala dia punya merajuk mengalahkan anak kecil, itulah pengubat hatiku. Tersenyum sendiri mengenangkan perangainya.

" Saya tak sanggup dah. " Tiba-tiba dia bersuara.

" Tak sanggup apa? Saya ada buat salah ke? " Bercantum kening aku memikirkan masalah budak manja ini.

" Awak tau tak, mak ayah saya asyik tanya bila awak nak pinang saya. Bila awak nak hantar rombongan. Saya ini awak usung ke sana ke mari. Tanda tak ada juga. Mak saya tak mahu jiran tetangga kalut mengata. Tak manis. Bila saya tanya, awak selalu jawab nanti dulu. Sabar dulu. Awak itu bukan tak ada kerja. Jawatan bagus. Pendapatan stabil. Kereta dah ada. Rumah, awak kata 3 4 bulan lagi dah boleh beli. Dah lengkap dah. Kenapa masih nak menangguh? Nak tunggu saya dipinang orang? Razif dengan Ahmad kat pejabat tunggu saya bagi lampu hijau je tau tak. Nak ke awak tengok saya bersanding dengan orang lain? Nak macam itu? " 

Aku brek mengejut. Hampir saja melanggar kereta hadapan. Aku menyalakan lampu untuk ke bahu jalan lalu segera memberhentikan kereta di situ Ya Allah, tentang hal ini ke? Aku duduk mengadap dia. Jari jemarinya aku genggam erat. 

" Sayang, pandang sini. " 

Dia masih menunduk. Aku pegang dagunya dan dia menoleh ke arah aku.

" Sayang, dengar sini. Bukan saya tak mahu. Saya mahu. Awak salah satu dari impian saya. Awak termasuk dalam list kehendak saya. Awak teratas antara semua tahu tak. Saya tahu saya dah lengkap semuanya untuk menjadi suami  awak. Sebenarnya, minggu lepas saya dah bebincang dengan mak dan ayah saya untuk menghantar rombongan masuk meminang awak. Saya ingat nak surprisekan awak. Tapi tahu-tahu awak dah buat perangai. Nak putus la apa la. Isk. Dah tak sayang saya eh? Taknak jadi isteri saya eh? Taknak jadi ibu pada bakal anakanak saya ke? "

Pipinya memerah. Ya, aku dapat lihat itu. Comel! Macam manalah aku tak terpikat. Isk.

" Awak selalu macam ini. Hurm. So, nak ajak kahwinlah ni?" Soalnya. Aku mengangguk laju.

" Jadi, saya boleh senaraikan tak hantaran saya nak?" soalnya lagi. Lagi laju aku mengangguk.

" Saya nak gadget tau. Boleh ke?" soalnya manja. Sambil mengelus-elus tangan aku.

" Apa saja sayang. List lah. "

" Iphone 4g, psp, laptop, camera DSLR, ipad, dengan jam tangan. "

Aku senyum. Selepas itu dia mula bercerita tentang majlis perkahwinan idamannya sambil aku memandu pulang. Becok mulutnya bercerita. terbentuk-bentuk mulutnya. Inda. Gadis yang dah curi seluruh pelosok hati aku. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku mencintai dia. Manja dia, garang dia, cemburunya dia, itu semua seadanya aku terima. Terima kasih Tuhan untuk semua ini. Semoga apa yang aku rancangkan berjalan lancar. Kebahagian dia, itulah jua kebahagiaan aku dan semoga ia adalah kebahagiaan kami berdua. 




3 orang mendoakan:

deem said...

senyum sendiri aku...hehehehe.nice story.bila nak sambung?

Mellyana Sara said...

sambung? hee! tak de kot. ;)

deem said...

ok.tpi buat cta lain pla.boleh?hehehe.

Duit Poket