CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, September 14, 2011

Incek Belog - Dengarkan Ya



Incek blog....saya nak meluah. Harap sudi mendengar. 




Resah.

Itu rasa hati aku saat ini. Aku tak tahu kenapa harus rasa begini. Hem. Ya Allah. Dah lama aku tak rasa bahagia sebenarnya bahagia. Ya. Aku bahagia di sisi keluarga. Tapi, bahagia yang aku cari itu belum aku temui. Sukar ya. Situasi sekarang amat rumit. Entahlah. Pernah aku khabarkan pada bonda, aku rela menyendiri hingga mati kalau itu yang tertulis untuk aku. Tapi disangkal ayah. Kata ayah, kita hidup berpasangan dan ayah tak mahu tengok aku hidup sendiri. Hem. Entahlah. Susah mahuku khabarkan. Rumit.

Kekasih lama aku, kejar aku balik. Sudah berpisah dengan si perampas itu. Ya. Memang aku layan panggilan dia, sms dia. Tapi sekadar kawan. Tak lebih dari itu. Maaf awak. Yang 3 tahun dulu takkan terganti dengan hanya beberapa hari ini. Awak takkan mampu bayar balik kecewa yang awak tinggalkan di hati saya. 3 tahun bersama dan awak pergi pada dia. Kemudian selepas 3 tahun awak kembali dan cuba jernihkan keadaan. Takkan boleh awak.Saya kekok. Saya rasa janggal. Maaflah. Kita cuma pantas menjadi kawan. Mungkin kawan baik. Sebab awak kenal hati budi saya.

Pada masa yang sama, seorang lelaki yang aku tak kenal kejar aku. Mr.Y. Berusaha hampir  2 minggu untuk kenali aku. Sms dia 10, cuma 1 aku balas. Panggilan telefonnya 5 belum tentu 1 aku jawab. Beria-ia dia mahu berkawan dengan aku. Aku tak tahu kenapa, aku tak ada rasa ingin berkenalan dengan sesiapa. Kesian pun ada pada dia bila semua sms dia aku biar sepi. Melihat telefon berdering tertera nama dia, rasa bersalah pun ada. Tapi, maaflah. Saya sudah jelaskan malam tadi. Harap awak faham. Bukan saya tak mahu, tapi hati saya menolak. Awak, mungkin lebih pantas untuk orang lain. 




Dia. Membencikah aku? Atau masih sayang? Serius, hati aku sayu bila memandang jam yang dia beri. Awak tau tak, saya manusia yang menghargai masa dan jam adalah benda paling penting pada saya. Mungkin saya tak pernah beritahu awak dan itu silapnya saya. Masa itu bagai nyawa saya dan jam adalah benda paling berharga. Sepatutnya, saya halang awak belikan saya jam itu. Tapi, saya tak tahu keadaan jadi begini. Hem. Kesian sayakan. Lihat jam dan nampak bayang awak. 

Seperti pernah saya khabarkan dulu, saya dah cuba membenci tapi tak mampu. Tapi, untuk berkawan dengan awak macam dulu, lagi saya tak mampu. Saya tak mahu nanti hati saya pergi lagi jauh walau hanya dengan kawan biasa. Entah apa hebatnya awak. Sampai begini jadinya. *lap-pipi* Mungkin, hadir awak mengingatkan saya pada dia. Lagipun, kalau dia masih hidup, umur awak dan dia tak jauh bezanya. Mungkin, perasaan itu yang wujud sebenarnya. Hem. Entahlah. 

Tak salahkan kalau aku kata aku rasa kosong. Rasa kosong ini sudah lama bersarang dalam hati aku. Lama sangat. Dan aku tak tahu bila rasa itu akan terisi. Hem. Tapi aku percaya pada kerja Tuhan. Dia tahu apa yang terbaik. Selama ini pun, dia menduga aku dengan seribu macam ujian dan aku masih mampu berjalan atas bumi Tuhan. Cuma, aku harap, ujian yang menimpan selepas ini akan buat aku tabah dan kuat. Sekuat hati srikandiNya dahulu. 




Oh, Isnin ini bermula semester kedua. Ada beberapa subjek yang menjad kegemaran aku. Harap bole beroleh A di situ. Aku mahu dekan. Aku mahu dekan. Aku mahu dekan. :) Doakan aku ya.

p/s : Saya harap awak hidup baik disamping harimau siam itu. Sebab saya tahu, awak manusia pendiam yang tahu marah bila hati awak tak tenang. 



3 orang mendoakan:

deem said...

hidup berpasangan memang digalakkan tapi jangan terlalu ikut rasa hati.mungkin sdh tiba masanya untuk fokus pada mengukuhkan hidup sendiri.bermula dengan pelajaran mell.apakata habiskan study dulu :)

Mellyana Sara said...

;) habiskan study...salah 1 daripada apa aku mahu deem.

deem said...

good.jangan pernah tinggal study :)

Duit Poket