CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, February 19, 2012

Kesal




Kau.
Pandang aku, tatap mata aku.
Renung, tenung.
Tak nampak?
Kabur? 
Kelam?


Tembak tembus kepala aku.
Biar otak aku berterabur di lantai.
Biar pecah semuanya.
Biar hancur.
Biar berderai.
Biar berkecai.
Biar musnah.

Dulu kau aku sanjung
Darjat kau tertinggi aku tempatkan
Kau aku julang
Pada semua aku kata kau terhebat
Aku laung kau yang cukup sempurna
Aku tipu hati aku
Aku buta mata aku
Aku simpan semua sakit aku
Di tempat tersorok terpencil
Terdalam...terlalu dalam

Ternyata aku salah
Aku fikirkan kau akan berubah
Menjadi pria terhebat yang aku damba
Menjadi lelaki sempurna yang aku pinta
Menjadi lelaki yang aku mahu


Kau,
Takkan pernah berubah.
Sampai mati kau kekal hitam


Tikam saja aku
Tepat di dada
Di jantung
Tikam dalam-dalam
Biar mati aku ditangan kau
Biar kesal aku - hilang


Kesal - kita pernah berpacaran.

Kau - datang usai hujan, pergi lepas pelangi muncul diri. 
Kau - tak cukup sempurna untuk mencintai!



" Saya tak pernah menyesal mencintai awak, tapi saya menyesal kenal dengan awak dan awak,kesilapan terbesar sepanjang hidup saya! "



0 orang mendoakan:

Duit Poket