CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, February 14, 2012

Kau Selalu Dalam Hati III

Part II dan Part I



Sebulan selepas kejadiaan di KLCC, Fikri tidak menghubungi Dalila lansung. Jangankan batang hidung, khabar berita pun tak ada. Puas Dalila hubungi telefon bimbit Fikri, hantar SMS. Email, YM, Skype semua tak berbalas. Dalila dapat rasa seperti ada sesuatu yang tak kena terjadi pada Fikri. Lalu hari itu Dalila mengambil cuti setengah hari. Kebetulan kerja-kerjanya telah diselesaikan semalam. Dalila bercadang mahu mencari Fikri di pejabatnya dahulu. Memandangkan hari itu hari Khamis, dia pasti Fikri berada di pejabat waktu ini.  Namun budak penyambut tetamu kata Fikri cuti dah hampir seminggu. Dia cuma kata Fikri ambil emergency leave.


Dalila tiada tempat lain hendak dituju kecuali rumah bujang Fikri. Sebaik tiba di hadapan rumah Fikri, hon ditekan berkali-kali. Namun yang keluar Zaidi, kawan serumah Fikri. Pahal mamat ni pulak yang keluar?


" Lila, kau cari Fik eh? " 
" Haah. Seminggu dah aku cari dia tapi tak jumpa. Mana Fik? "
" Dia balik kampung. Dah seminggu. Tak cuba call dia? "
" Dah. Aku dah call. Tak berjawab. SMS tak balas. Kau ada alamat kampung dia? "
" Sorry ah weh. Takde. Takpe. Kalau Fik balik aku bagitau dia ada cari dia eh? "


Selepas mengucapkan terima kasih, Zaidi segera beredar ke dalam. Meninggalkan Dalila yang masih termanggu memikirkan bagaimana untuk mencari Fikri. Manalah kau pergi ni Fik. Mana aku tau kampung kau. Macam mana aku nak pergi. Fik, kau marah aku ke?


= = = = = = 


Fikri masih bermalasan di katilnya. Suasana bilik penginapannya, terang bermandikan cahaya matahari pagi. Sudah seminggu dia melarikan diri ke sini. Setelah permohonan cuti tanpa gajinya diterima pihak atasan, dia terus memandu ke Port Dickson. Pelangi Beach Resort menjadi pilihannya. Memandangka sudah lama dia tidak bercuti, sekali-sekala menghabiskan duit apa salahnya. Lagi pula dengan fikirannya yang serabut, dia rasa ini saja caranya untuk dia melupakan seketika segala yang berlaku. Sengaja dia memberitahu Zaidi yang dia pulang ke kampung. Tidak mahu disoal Zaidi yang ibarat polis pencen itu.


Tangannya mencapai beg yang diletakkan tepi katil lalu mencari telefon bimbit yang sudah seminggu dimatikan. Ada 30 misscall dan lebih dari 20 dari Dalila. Selebihnya dari Zaidi. Sms pula hampir 15 dan cuma 3 dari Zaidi selebihnya dari Dalila.


- Fik, call aku please. Kau pergi mana? Aku rindu la weh!
- Fik...kau marah aku ke? Kenapa aku call masuk voicemail je. Call aku balik weh....


Fikri merenung skrin telefon. Semua sms bertanya ke mana dia pergi. Kenapa off handphone. Kenapa tak call balik. Perlu ke aku call? Dia menghela nafas panjang kemudian nombor Dalila ditekan. 


" Assalamualaikum. "
" Waalaikumussalam. Fik...kau pergi mana? Kau marah aku ke Fik? "


Suara Dalila menyapa cuping telinganya. Suara yang dia rindu. Fikri diam. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Aku lari dari kau Dalila? Aku perlu waktu untuk diri aku? Aku buntu Lila?  Jawapan apa mahu diberi?


" Tak. Aku tak marah kau. Janganlah fikir bukan-bukan. Kan aku dah call ni. "
" Aku rindu. Aku rasa pelik bila kau tak ada. Baliklah Fik. "


Fikri dapat menangkap esakkan Dalila. Hatinya dipagut pilu. Maafkan aku. Bisik hati kecilnya.


" Okaylah. Nanti aku call lain ya. Aku nak pergi makan. Assalamualaikum. "


Tanpa menunggu Dalila menjawab salam, talian diputuskan. Dia tidak mahu dengar Dalila menangis. Itu satu-satunya kelemahannya sejak dulu. Gugurnya air mata Dalila, sama seperti hatinya yang disiat. Pedih. Dia meraup wajah. Kenapa aku terlalu mencintai dia? Sudah hampir 10 tahun cinta ini aku pendam. Aku berkorban segala-galanya untuk buat dia tersenyum dan tertawa. Berbaloikah? Selajur, wajah Dalila bermain di tubir mata. Wajahnya yang comel, senyumnya yang manis, matanya yang bulat. Segalanya sempurna. Dan tanpa sedar, dia menyeru nama Dalila. Ya Allah, moga hatinya terbuka untuk cintaku. Sesungguhnya aku ikhlas mencintai dirinya. 


= = = = = = = = = 


Dalila menangis semahunya. Baru sebentar tadi dia menerima panggilan telefon dari Fikri namun belum sempat dia menjawab salam, talian diputuskan. Dia tertanya-tanya sendiri jika dia ada melakukan kesilapan terhadap Fikri. Namun seingatnya tiada. Dalila menyapu pipinya yang basah dek air mata. Lalu tangannya pantas menghantar pesanan ringkas kepada Fikri. 


" Thanks letak phone cam tu je. Kalau marah aku sekalipun, tak perlu buat aku macam tu. Aku tertanya-tanya, apa  salah aku pada kau sampai kau lari dari aku, kau dingin dengan aku. Aku harap, kau ada jawapannya. "


Selepas itu, Dalila bangun bersiap. Hari ini hari Ahad. Dia harus buat sesuatu agar dia tidak terlalu memikirkan Fikri. Memandangkan dia tidak apa yang ingin dibuat lalu dia memilih untuk ke KLCC.Untung-untung jumpa mamat hari tu. detik hati kecilnya. Dalila bersiap ala kadar. Jeans putih, kemeja merah jampu dan selendang putih kosong menjadi pilihan. Secalit lip gloss dikenakan ke bibirnya. 


Dari jauh dia sudah nampak kelibat lelaki tempoh hari. Dia sedang menyusun buku di bahagian novel. Dalila mencapai satu buku kemudian buat-buat membacanya sebelum dengan sengaja melanggar lelaki tersebut yang sedang tunduk menyusun buku di rak bawah. Buku yang dipegangnya terjatuh. Dalila ingin memungut buku tersebut namun lelaki tadi lebih pantas. 


" Maafkan saya cik. Ini bukunya. " Sebuah senyuman dihadiahkan. Dalila membaca tag namanya.
" Tak apa. Saya Dalila. Awak? " Tangan dihulurkan. Namun tidak bersambut. 
" Helmi. Maaf ya. Saya tengah kerja. Saya minta diri dulu, " katanya seraya ingin segera beredar.
" Eh kejap. Saya nak jumpa awak. Awak habis kerja pukul berapa? "
" 4 petang. Datanglah sini. Lepas saya kerja kita pergi minum. Pergi dulu. "


Dalila tersenyum. Dia melihat jam di tangan. Ada 3 jam lagi sebelum pukul 4. Lalu dia mencapai sebuah novel dan membayar harganya di kaunter. Lalu dia memilih untuk menunggu Helmi di restaurant A&W sambil membaca novel yang baru dibeli. Ala, 3 jam. Apalah sangat. Senyumannya semakin melebar.


" So kenapa nak jumpa saya? " tanya Helmi sambil menyedut jus tembikainya. Tadi, selepas tamat kerja, Dalila sudah menunggunya di depan pintu masuk kedai buku sambil melambai ke arahnya. Setelah berbincang, mereka memilih untuk makan sambil berbual di Pizza Hut. 


" Saja. Nak kenal dengan awak. Saya Lila. Saya nak panggil awak apa? " 
" Helmi. "
" Oh. Ok. Helmi. So, ceritalah pasal diri awak. Nak juga saya tahu. "
" Tentang apa? Peliklah awak ni. Baru kenal saya dah tanya macam-macam. Awak ni siapa eh? "


Wajah berkerut Helmi ditenung. Lalu Dalila merenung pinggang yang sudah kosong. Perlu ke aku bercerita? Mesti dia pelik. Baru jumpa dah cerita hal macam ni. 


" Kalau saya cerita, awak mesti pelik. Tapi awak dah tanya, takpelah saya ceritakan."


Dalila menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Dia mula bercerita tentang Azri. Bagaimana mereka berkenalan. Sudah berapa lama berpacaran. Diceritakan segala impian mereka berdua. Hingga ke hari di mana Azri terlibat dalam kemalangan jalan raya. Gambar Azri yang tersimpan di dalam beg duitnya juga ditunjukkan pada Helmi. Jelas Helmi terkejut melihat gambar itu. Wajahnya memang serupa dengan arwah Azri. Dia memandang Dalila yang sedang menyapu air matanya. Perempuan, mudah sungguh menumpahkan air matanya.


" Saya bersimpati dengan awak. Herm. Tuhan lebih menyayanginya. Saya harap awak kuat."  Gambar arwah Azri diletakkan di hadapan Dalila. Dia menyeluk poket seluar lalu dikeluarkan walletnya. Sekeping gambar ditarik keluar lalu diberikan kepada Dalila.


" Ini arwah tunang saya. Sudah hampir 3 tahun dia meninggal kerana kanser otak. Namanya Ielynn. "


Dalila menekup mulut. Kebetulankah ini? Dia menyangkakan lelaki ini tidak melalui detik hitam dalam hidupnya tapi ternyata dia silap. Apa yang dilalui lelaki ini lebih tragis. 


" Berapa umur awak?" soal Helmi.
" 28 tahun. Awak? "
" 30 tahun. Awak lebih muda dari sayalah eh? "


Dalila tersenyum. Dia mengerling sekilas jam ditangan. Sudah berganjak ke pukul 6 petang. Lalu dia meminta diri untuk pulang.


" Saya balik dulu eh? Dah petang. Awak balik naik apa? "
" Putra. Senang. "


Namun bunyi sms yang masuk menggangu perbualan mereka berdua. Dalila memberi isyarat tunggu sekejap. 


Aku on the way balik. Maaf Lila kalau aku buat kau marah. Esok, kau tak payah drive. Aku ambil kau kat rumah. Kita peri kerja sama-sama. And, I missed you too. Jumpa esok. 


" Siapa? Boyfriend eh? " tanya Hilmi
" Tak. Kawan," balas Dalila sambil tersenyum.
" Pasti seorang yang istimewa sampai senyum macam ni sekali," ujarnya lagi.

Esok. Ada lebih kurang 14 jam sebelum dia berjumpa dengan Hilmi. Hatinya tiba-tiba membisikkan kata rindu. 


= = = = = = = = = 


Fikri tersenyum sendiri. Esok adalah hari penentu segalanya. Dia mahu segala kekusutan ini hilang. Dia tahu, pilihan dia kali ini tepat. Lagi pula, takkan ada gadis lain yang layak mendiami hatinya selain Dalila. Namun, bagaimana jika ditolak? Fikri meraup wajahnya. Ya, bagaimana jika ditolak? Kuatkah dirinya nanti? Dia bermohon pada Allah agar dipermudahkan segalanya. 


Ya Allah, cinta ini lahir dari hati paling ikhlas. Sekian lama aku memendam rasa ini dan sesungguhnya aku tidak mampu lagi. Kepadamu aku bermohon, bukakanlah hatinya untuk menerima diriku. Moga dengan izin dan restuMu, segalanya berjalan lancar. 


Bersambung.....

0 orang mendoakan:

Duit Poket