CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, April 28, 2012

Review : Nakal dari Aloy Paradoks


Assalamualaikum 

Haish. Lama tak menulis. Ekceli aku baru habis final exam.
Phew. Susah baq hang.
Tapi alhamdulillah semua dah selamat. Result?
Tak tau lah. Kemungkinan gagal? Sangat cerah.

Hari ini aku nak update review 1 buku. Hah! Jangan tak tau.Ahad lepas aku g pelancaran buku kat Ipoh.
Buku aku beli ada 6. Salah 1 darinya buku aku nak review ni. Jom!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v






Memula aku ingat ni buku novel. Haish. Pesen taknak baca info kan. Rupanya Koleksi Cerpen oleh Aloy Paradoks. Ini tentang Aloy Paradoks seorang budak penghantar surat yang bergerak dari satutempat ke satu tempat. Keadaan ini menjadikan dia sentiasa bersama dirinya sendiri sahaja. Sepanjang perjalanan dia dihiburkan oleh imaginasinya yang kadankala berbaur NAKAL.

Pembuka cerita pasal Catherine. Seperti biasa gaya tulisan Aloy ni memang aku berkenan sungguh. Jenis tulisan dia bukan jenis mengarut dan susah difaham. Memang molek ditulis. Aku senang nak hadam. Perjalanan cerita ni bersahaja. Kemudian diteruskan dengan gadis-gadis pelik yang menghiburkan hatinya.

Tapi, pembacaan aku mula klimaks pada cerita Lelaki Pelompat Monyet. Apa yang aku dapat, kau mahu orang turuti hendak kau tapi kau tak fikir tentang kehendak orang dan apa yang kita mahu dalam hidup ni tak semestinya kita dapat. :) Aku suka cite ni. Hikhikhik!

Dalam buku ini juga ada dua cerita yang bagi aku menarik. Menarik dari segi jalan ceritanya. Cerpen bertajuk Wanita Caucasian Yang Tertinggal, Epik Si Tun Duku dan Raja Ong Perita Deria. Ini seakan kisah melayu lama dengan gaya penulisan moden. Phew. Serius ini best. Mudah faham. Mudah hadam. Aku nasihatkan korang, jangan skip cerpen ni. Rugi baq hang.

Dan dibahagian belakang buku ini, ada beberapa cerpen pendek yang diselitkan. Salah 1 nya Ni Tulisan Yang Celaka.

Apa dia tulis? Ini.

" Andai kata saya punyai kekasih, dia seperti pelangi dan rama-rama. Punya jangka hayat enam bulan lagi untuk hidup, kanser. Saya lamar dia dengan segera.

Enam bulan sudah cukup rasanya. Tiga bulan saya akan bahagia dengan membahagiakan dia, dan tiga bula selebihnya menjaga dia hingga ke akhir hayat, juga dengan bahagia. 

Celaka! "


Pada yang pernah kematian cinta hati seperti aku, pasti akan faham rasa dalam tulisan ni.
Serius, aku nak korang baca buku ini. Kandungannya memang menarik. Cerpen-cerpen pendek yang ditulis ada sesuatu yang dihujungnya kadang yang kita tak terfikir.


Cuma 1 kurangnya buku ini,


sikit sangat cerpen tu. Aloy, nanti keluar buku baru biar kasi tebal barang 500 pages. Baru Mell lambat habis baca. Ini, 3 jam dah habis. Tak dan nak stim tau.


=)


Nantikan review buku seterusnya ya.
Sekian, terima kasih.






1 orang mendoakan:

herumi said...

kakak and novel...

Duit Poket