CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, August 11, 2012

Bila Bulan Berwarna Biru


Suasana di hospital KPJ Ipoh sepi. Bilik kelas pertama itu cuma didiami oleh dia, Adam. Dia tunanganku. Lelaki yang sudah bertahun-tahun hidup dalam hati aku. Aku sentuh tangannya yang berselirat wayar. Dia tersenyum memandang. Hati aku tenang. 

" Kenapa Seri? "
" Rindu awak. Awak sihat tak? Dah lunch? Ubat dah makan? "

Ketawa dia mendengar soalanku. Sedaya upaya dia cuba menyentuh kepalaku lalu mengelus manja. Matanya mencuri pandang mataku. 

" Sayang, saya kan ada depan mata awak. Masih rindu lagi? Dan, tadikan madu2 awak dah hidangkan saya makanan. Siap tolong suapkan saya ubat lagi. Romantik betul saya rasa. "

Aku cubit lengan dia, manja. " Jahat! Beranilah madukan saya! " Jawabku berpura garang. Lalu aku rebahkan kepala di sisinya. Ada air mata bertakung di tubir mata. Aku seka. Harap dia tak nampak. Terasa dia membelai rambut ku perlahan. 

" Seri sayang, nanti bila saya dah tak ada, awak jangan menangis ya. Sayu saya nanti. Awak kena kuat sepertimana awak kuat temankan saya sejak dulu. Saya sayangkan awak Seri. Kalau boleh saya nak memperisterikan awak. Tapi saya tak tahu saya sempat atau tak nak buat semua tu. Awak janji dengan saya, awak jaga diri baik-baik. Carilah seseorang yang boleh menjaga awak dengan baik. Bukan macam saya. Cuma berumah di hospital dan awak yang menjaga saya. Janji ya sayang.  "

Aku angkat kepala, merenungnya tajam. Tangis yang ditahan sedari tadi, pecah jua. Terhinggut-hinggut bahu mengikut rentak tangisku.

" Merepek apa awak ni? Awak takkan pergi mana-mana. Awak akan selalu ada dengan saya. Saya akan selalu temankan awak. Dan saya yakin saya akan jadi isteri awak. Kenapa awak cakap macam ni? "

" Sorry sayang. Sorry. Saya tak bermaksud nak buat awak menangis. Sorry ya. cuma saya rasa macam... "

Pantas jariku hinggap di bibir pucatnya. " Shhhh. Dah. Saya tak mahu dengar dan tak nak tahu apa awak nak cakap. Cukup."

Aku rebahkan kembali kepala di sisinya. Tangannya aku capai. Ku letakkan dekat dengan wajah. Aku cium. Lama. Tak sanggup membayangkan bilamana harus jalani hidup ini tanpa dia. Kuatkah aku? Setabah manakah aku?

Dalam diam aku berdoa moga semoga dia sihat seperti dahulu. Semoga dia pulih seperi sedia kala. Dan semoga akan ada hari yang cerah, hari di mana masjid cinta kami bakal terbina. Dan waktu itu, aku adalah yang paling bahagia. 

*bersambung*


0 orang mendoakan:

Duit Poket