CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, August 1, 2012

Takdir

" Kau pernah jatuh cinta?"
"Pernah. 3 kali. Dan semua cinta ku sudah lama mati."
"Mati? Maksud kau?"
"Tuhan lebih sayangkan mereka dari aku."
"Kau tak sedih?"
"Sedih. Tapi aku taknak Tuhan lebih sedih melihat aku sedih. Aku tahu dia selamat di sisi Tuhan kita."

Farouk termenung mendengarkan jawapan Suhana. Dilihat wajah gadis itu sungguh tenang. Dia menjawab setiap soalan yang diaju tanpa sebarang riak sedih. Sambil bermain dengan jari sendiri, dia melepas pandang ke arah tasik membiru.

"Kenapa kau sekuat ini?"
"Sebab aku tahu Tuhan sayang aku."
"Tapi Tuhan ambil orang yang kau sayang."
"Jadi aku kena marah pada Tuhan? Begitu?" 

Farouk menggeleng perlahan. Dia tunduk merenung rumput menghijau. Sesuatu mengetuk pintu hatinya. Soalan Suhana dibiarkan tak berjawab. Mungkin selama ini dia silap. Memikirkan sesuatu yang tidak seharusnya terlintas difikiran. Farouk meraup wajah sambil menghela nafas panjang.

"Kenapa?" tanya Suhana.
"Aku silap dan aku menyesal."
"Maksud kau?"
"Aku pernah membenci Tuhan kerana dia mengambil orang yang aku cinta. Aku jerit laung pada Tuhan, kenapa harus aku? Kenapa mesti aku yang diuji begini. Kenapa bukan orang lain? Kenapa di saat aku semakin bahagia bersamanya, dia diambil pergi. Aku benci Tuhan waktu itu."

Suhana menundukkan wajah. Terasa ada air hangat mengalir di wajahnya. Farouk yang melihat terkesima. 

"Kenapa kau menangis? Aku fikirkan kau kuat."

Suhana menyapu air mata diwajahnya. Bangun berdiri.

" Sekali kau membenci Tuhan, seratus kali Tuhan sayangkan kau. Sepuluh kali kau menjauhi Tuhan, seribu kali DIA tak pernah meninggalkan kau. Aku pulang dulu. Assalamualaikum."

Farouk terdiam. Rasa yang menjentik di hatinya dibiarkan meresap ke dalam jiwa. Dia menangis kehibaan. Apakah kau dihadirkan Tuhan untuk menyedarkan aku Suhana?


5 orang mendoakan:

Jiwa Perempuan Gila said...

suka yang ini :)

eh3x . kamu salah satu penulis pilihan warna kaseh kan ?

Mellyana Sara said...

thanks. :) hehe!

Opst! haah. saya salah seorang penulis PILIHAN. :)

~Kenanga Suchi~ said...

rindu pada dia yang diambil Tuhan.

Mellyana Sara said...

:')

Mellyana Sara said...

:')

Duit Poket