CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, October 10, 2012

Jadi Diri Sendiri



" Amalia Masrom "


Ini nama yang mama dan ayah bagi. Amalia. Nur Amalia. Cahaya impian. Masa kecil aku, masa remaja aku sampai lah aku berhenti belajar di International Islamic College, semua panggil aku Amalia. Impian. Aku suka nama aku. Siapa tak sukakan? Hey, maksud yang indah tau. Tapi, bila nama tu disatukan dengan nama ayah, jadinya Amalia Masrom. Satu rasa lain menyelinap masuk dalam hati aku. Aku tak tahu. Mungkin aku rasa macam tu.

Amalia Masrom - nama ni buat aku rasa bertanggungjawab. Buat aku rasa yang aku diperhatikan. Ayah aku, guru pertama aku. Dia hero aku. Dia idola aku. Terkadang, rasa tak sempurna nak gabungkan nama kami. Aku rasa, dia terlalu besar untuk aku. Ayah aku, orang kenal. Tapi aku? :) tepi jalan jumpa belum tentu dikenali sesiapa. Jadi, aku simpan nama kebanggaan dalam hatiku. Tapi aku gunakan di twitter. Dan waktu aku mula masuk alam sosial maya, aku pilih Mellyana Sara. 


" Mellyana Sara "

Waktu itu aku bingung pikir nama apa aku nak guna sebagai nickname. Puas aku fikir. Akhirnya, sebabkan Melly Goeslow merupakan idola aku untuk aku melibatkan diri dalam apa yang aku buat sekarang, jadi aku gunakan Mellyana. Dan Sara, itu nama arwah kekasih pertama aku bagi. Sayang nak ditinggalkan. 

Mellyana Sara - nama yang selalu buat aku rasa loser. aku rasa aku beban orang. keji dan hina, sering singgah kat hati aku. tapi aku redha. aku pedulikan. aku butakan. aku pekakkan. aku terus buat apa yang aku suka, menulis. orang kata aku jiwang. orang kata ku syok sendiri. orang kata aku jiwa kacau. macam-macam. sampai aku lali. tapi aku tetap teruskan. aku merangkak dari bawah. sehingga mama dan ayah nampak apa yang aku suka. aku tak sempurna tapi aku cuba sehabis baik untuk jadi sesempurna manusia lain. dan hari ini, dengan berkat doa restu mama dan ayah, aku semakin hampir apa yang aku citakan. aku tahu, apa aku ada hari ini mengalir dari ayah, dari mama. mereka orang seni. lebih lagi ayah. :) dan sebab itu, aku biarkan orang kenal aku sebagai Mellyana Sara. 

Setiap kali teman rapat jumpa ayah, mereka akan faham kenapa pilihan nama aku lain. Tak seperti yang lain. Meletakkan nama ayah dibelakang nama mereka. Jujur, ayah manusia istimewa dalam hidup aku. Takkan ada seorang lelaki persis ayah. kalau ada, lelaki itu suami aku nanti. :) 

Tiap hari aku berdoa, moga syurga buat ayah dan mama. tak letih menasihati. lagi-lagi ayah. dia teman bicara, dia teman bergaduh. tanpa ayah, aku takkan kenal dunia seperti mana sekarang. dan mama, pelengkap jiwa. cinta mama besar untuk aku. terlalu besar. tak mampu aku balas. :')

semoga syurga buat ayah dan mama. 



Jangan takut jadi diri sendiri. Sakit. Memang sakit. Lebih lagi bila difikirkan apa kata orang. Tapi, kau ada Allah. DIA tak biarkan kau seorang. Berjuang demi yang kau suka. Gapai. Meski kau terpaksa mengorbankan sesuatu demi mendapatkan sesuatu.

Bahagia tak datang bergolek sebelum sakit merana di segenapnya.

Kata Pakwe Rawang pada aku,

"Awak boleh. Jangan putus asa. Usaha. Cari sampai jumpa. Buat sesuatu yang awak suka dan bukan yang orang suka. Hujungnya nanti, awak pasti bahagia."

Untungkan aku dikelilingi mereka yang cintakan aku serba kekurangan.

Terima kasih Tuhan untuk cintaMu juga.


- - - - - - - - - - - - - 
Rawang
9.25 p.m

3 orang mendoakan:

Nur Syafiqah bt Yahya said...

Dan saya pun ada sebab kenapa ada nama Ayah di akhir nama...:)

Fel said...

Terus berjalan dan gagah.

Mellyana Sara said...

terima kasih. :)

Duit Poket