Kebetulan.
Itu keadaan di mana kita berkenalan.
Kebetulan nampak awak di susur masa.
Kebetulan awak baca tulisan saya.
Kebetulan awak nak beli zine saya.
Kebetulan kita bertukar nombor telefon.
Tapi,
Hari di mana kita saling jatuh sayang,
Saya yakin pasti yang itu bukan kebetulan.
Tadi,
Awak beritahu tentang apa awak rasa malam itu,
Malam di mana saya menangis tersedu-sedu,
Malam di mana kita kalut balik dari Ipoh,
Malam di mana awak cuba pujuk saya tapi awak tak tahu.
Tahu tak,
Saya dah mula rasa saya tak salah pilih orang.
Saya dah mula rasa yang awak si dia yang Tuhan ciptakan untuk saya.
Saya dah mula rasa cinta awak pada saya.
Semoga dengan izin Tuhan,
Hati saya - hati awak,
Satu,
Sampai bila-bila.
:)
Ratapan merapik
6 years ago
1 orang mendoakan:
deep... memang deep :)
Post a Comment