CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Friday, May 31, 2013

Masa Lalu

"Maafkan aku. Aku tak mampu,"tuturku lemah. Wajahnya yang tadi ceria kini tertunduk merenung rumput yang menjadi alas kami berdiri. Di tangan kirinya sebentuk cincin erat dalam genggaman dan di sebelah kanannya, sekuntum mawar merah yang sudah layu dimamah waktu. Pertemuan yang dirancang sejak tiga hari lalu bukan diakhiri dengan sesuatu yang menggembirakan.

"Aku ikhlas. Sumpah aku ikhlas. Ini, aku dah beli dan ia untuk kau. Kenapa kau menolak?"soalnya hampa dan tak terjawab oleh aku. Sungguh, aku tak sangka beria-ianya dia ingin berjumpa rupanya membawa hajat yang tak mampu aku tunaikan.

"Kita dah lama kenal. Aku tahu kau dan kau tahu aku. Kenapa kau menolak?"sekali lagi, soalan yang sama diajukan. 

Nafasku hela perlahan. Wajah lelaki polos di hadapanku ini aku tatap penuh rasa. Rasa sayang. Namun sesuatu menghalang kami untuk bersama. 

"Di rumahmu ada seorang wanita yang setia menantikanmu kembali dari kerja, menyiapkan hidangan kegemaranmu, dan setiap malam dia takkan pernah tidur dahulu sebelummu. Pulanglah. Dia lebih layak untuk kamu."

Dia menggeleng perlahan. 

"Tapi, kau tahu bukan aku tak pernah mencintai dia."

"Cintailah dia selayaknya. Dia isterimu. Jika kau tak punya sebab untuk terus mencintai dia, maka cintailah dia kerana Tuhanmu. Maafkan aku."

"Dan kau?"

"Aku kenangan dan dia adalah masa depanmu. Pulanglah."

Mungkin, mungkin ini yang terbaik dari Tuhan untuk aku. Kalau pengorbanan aku ini akan membahagiakan mereka, tak apa. 

0 orang mendoakan:

Duit Poket