CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, May 28, 2013

Surat Untuk Dia

Awak, ada hal yang kadang saya tak mampu nak ucapkan dengan perkataan. Kadang saya pendam saya simpan saya diamkan. Sebab saya tak mahu, andai kata saya tersalah bicara. Bakal mengguris hati kecil awak. Dan saya rasa cuma di sini., di daerah sunyi yang selalu buat saya senang untuk bersuara. Saya tahu, dan saya tahu yang awak tahu rasa cinta yang tertanam antara kita.

Kebelakangan ini, kita dah mula bualkan hal yang serius tentang saya dan tentang kita. Saya tahu awak laki-laki hebat. Dan saya tahu dalam lembutnya tingkah laku awak, awak itu manusia tegas. Dan saya harap awak faham tentang rasa takut yang saya rasa. Lalu perlahan-lahan rasa itu seolah membunuh saya, dan akhirnya ; membunuh awak. Membunuh kita.  

Tapi saya tahu. Awak akan berjuang selagi awak mampu. Awak takkan mengalah. Impian dan harapan kita besar. Terlalu besar. Dan saya doakan semoga tiap satu yang kita citakan akan tercapai. Saya tahu, awak akan jadi laki-laki yang saya tunggu. Awak akan jadi imam saya satu masa nanti. Saya tak mahu apa yang dunia mahu. Saya cuma mahu ada dalam hidup awak. Selalu ada.

Saya tak pandai nak madah-madah atau tabur janji manis pada awak. Tapi saya harap, sampai satu masanya nanti, awak akan katakan pada saya yang awak takkan menyesal memilih saya.


Selamat malam awak.
Saya sayang awak.

4 orang mendoakan:

puteh said...

saya yakin dia takkan menyesal memilih awak yang comel

Ferd said...

gua sayang lu :) doa semoga kita direstu

Mellyana Sara said...

thanks yu puteh. :)

Mellyana Sara said...

ai sayang yu jugak. :')




Sayang sangat.

Duit Poket