Bila mana kau merasakan yang impian dan doakan tiap hari semakin menjadi nyata,
hanya rasa syukur menggantikan sejuta rasa yang wujud dalam hati kau.
Dulu,
Dulu masa aku jatuh terpuruk sendiri,
Aku pernah katakan pada bonda aku tak percaya cinta.
Aku tak mahu hidup berdua.
Aku tak kisah.
Biarlah aku sendiri sampai mati, aku rela.
Sebab sakitnya bila dilukai tak mampu aku ucapkan dengan kata.
Cuma air mata yang boleh menceritakan apa yang aku rasa.
Perit.
Pedih.
Tapi seperti mana kata seorang teman,
siapa aku mahu melawan takdir-Nya.
Sekarang aku sedar yang cerita Tuhan itu ada manisnya.
Mungkin dulu, dia tarik segala bahagia aku ada.
Lalu dicampak pedih tak terkata.
Air mata pengganti bicara.
Teman rapat yang tahu bagaiman sengsara jiwa aku dulu.
- - - -
Alhamdulillah.
Aku dah semakin nampak apa yang akan aku hadapi nanti.
Aku harap perancangan aku dan dia,
direstui-Nya.
Orang kata nak bina masjid ni,
Tuhan permudahkan.
Moga-mogakan.
Dia kata,
"Kita dah dapat restu,sayang. Dari orang tua awak dan saya. Sekarang tinggal kita berusaha dan berdoa semoga Tuhan permudahkan segala yang kita rancang."
=)
Terima kasih pilih saya untuk temani hidup awak.
Saya harap awak akan sayangkan saya sampai bila-bila.
Sebab saya tahu dan awak juga tahu,
Awak takkan sempurna tanpa saya.
Hiks!
p/s : punya lama tak hupdate, bila hupdate kemain... =) sorry uollss. I mood berbunga-bunga ni. Hahaha!
1 orang mendoakan:
amboi hehe :)
Post a Comment