kalau hari semalam boleh kita undur
aku ingin kembali ke 10 tahun lalu
di waktu aku masih di bangku menengah
akan ku ukir kembali zaman kegemilangan
yang telah lama aku tinggalkan
di waktu aku mula kenali
apa itu algebra
apa itu tungku kaki tiga
apa itu jangka lukis dan jangka sudut
apa itu sastera
mula membaca Sehijau Warna Daun
semakin meningkat usia
aku mula kenali apa itu momentum
apa itu fungsi
apa itu karbon monoksida
apa itu literature
kini
zaman indah itu mula kabur
pernah 1 ketika di saat orang lain
bertungkus lumus belajar
aku juga bertungkus lumus
menyiapkan teater sempena
minggu kemerdekaan
orang lain bertungkus lumus menghafal
formula-formula kebarangkalian
aku bertungkus-lumus siapkan fotografi
untuk majalah sekolah
kini
aku masih di sini masih begini
tiada yang istimewa
kerna aku masih aku yang dulu!
7 orang mendoakan:
Best kn klu ley undur mase.. (",)
nice...
meniti kaca tu sdeykan cite die..T_T
=)
kalau blh...memang nak..n pastinya best...
tq hentakbelipat.:)
agak sedey la.. :)
sehijau warna daun.. ingt2 lupe
kalau lah itu ini...begitu begini...semuanya flashback, hari ni adalah kenyataan..betoi ka ayat ni...
:)
Post a Comment