CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, September 12, 2010

Awak Kebahagiaan Saya

*ini bukan tentang saya & sang pencinta saya...tapi tentang mereka~ mereka yang saya panggil sahabat*


kalau la awak tahu apa dalam hati saya
awak mesti takkan percaya
sebab saya tak pernah tunjuk apa saya rasa
semua saya simpan sorang saya pendam saya telan sendiri

hari-hari saya temankan awak
saya temankan awak ke perpustakaan
saya temankan awak ke kantin
saya temankan awak ke mana yang awak mahu
awak kata awak takut jalan sorang
awak kata awak segan bila orang pandang-pandang
lalu saya temankan awak

sedangkan masa tu
assignment saya menggunung
saya ada discussion group pasal final project
saya ada latihan futsal untuk pertandingan yang akan datang
tapi
sebab saya taknak awak takut
saya taknak mata-mata nakal lain curi pandang kat awak
saya sanggup temankan awak

tapi satu hari tu
tiba-tiba awak hilang
puas saya cari awak satu kampus
saya tanya kawan-kawan awak
semua tak tahu mana awak pergi
risau sangat saya waktu tu
dengan bantuan seorang rakan
saya dapat nombor telefon rumah awak
saya cuba telefon dan mak awak angkat
dia kata

" Dia sedang bersiap.Hari ni hari nikah dia.Jemputlah datang ya."

luluh hati saya awak
sampai hati awak tak bagitahu saya
yang awak hari ni hari nikah awak
kenapa buat saya macam ni

dengan berat hati saya pandu kereta
ke alamat rumah yang mak awak bagi
dari jauh saya nampak khemah
dihiasi kain berwarna merah jambu
warna kesukaan awak

kemudian

saya ternampak awak sedang bersalaman dengan tetamu yang datang
cantik sangat awak masa tu
awak pakai baju kebaya warna merah jambu
di samping awak ada seorang lelaki
segak saya tengok
awak tersenyum manis
pasti awak rasa bahagiakan

kemudian

saya hampiri awak
riak awak terkejut lihat saya datang
saya ucapkan selamat pengantin baru pada awak
lalu bungkusan hadiah yang sempat saya beli
saya beri pada awak
bersama hadiah tu saya titipkan sepucuk surat untuk awak

lalu

dengan berat hati saya tinggalkan awak bersama dia
selamat pengantin baru
saya mungkin bukan yang terbaik untuk awak....

sebelum saya datang tadi
saya sempat tulis surat ini untuk awak
saya ingin lihat awak selalu bahagia
sebab awaklah kebahagiaan saya

2 orang mendoakan:

elmo blurb said...

sakitnya sangat-sangat-sangat bila peristiwa ni terjadi kat diri sendiri. sakit sangat. rasa macam tak nak hidup dahh. tapi nak buat macam mana, sudah tercipta dia bukan untuk sahabat kamu. ~.~

Camellia said...

;) saya harap sahabat saya tabah.

Duit Poket