CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, September 14, 2010

Saya setuju!

semalam saya tunggu awak kat sana
awak janji awak nak jumpa saya
saya tunggu awak dari pukul 10 pagi
membawa ke pukul 6 petang
tapi awak tak sampai-sampai
saya telefon awak tapi voicemail jawab
nasib baik ada pokok rendang tu
takde lah saya berpanas sangat


mana awak pergi
kenapa buat saya tunggu macam tu
sampai hati awak kan
saya tunggu awak macam tunggul kayu
sampai orang lalu lalang heran
tengok saya tercongok bawah pokok tu


balik tu saya terus online
saya on YM saya
saya tengok awak pun online
saya terus private message awak
tapi awak terus offline
apa salah saya pada awak
kenapa buat saya macam ni?


selepas dari hari tu
saya jalani hari-hari saya dengan air mata
awak pernah kata waktu pertama kali kita jumpa
awak kata saya wanita pertama yang awak cinta
awak kata saya yang paling awak sayang
saya segalanya bagi awak


tapi


lepas setahun kita bersama awak berubah laku
saya sering awak marah
saya sering awak tengking
saya dicaci sesuka hati awak
kenapa awak?
apa dosa saya dengan awak?


bila saya ajak awak makan
awak kata awak sibuk
saya ajak awak tengok wayang
awak kata awak banyak kerja
drawing menimbun projek sana sini


saya tau awak seorang arkitek berjaya
tapi kenapa masa sebelum awak berkerjaya
awak boleh luangkan masa bersama
tapi lepas awak dah kerja
dah ada kerjaya
awak mula lupakan saya


* * * * * *


hari ni dah 6 bulan awak menyepikan diri
tiba-tiba awak ajak saya jumpa
awak kata penting sangat
pada mulanya saya tak mahu pergi
tapi bila awak telefon saya kata awak dah sampai
saya terus ke sana


dari jauh saya nampak duduk bawah pokok
atas kerusi batu yang selalu kita duduk dulu
awak pegang sejambak bunga mawar putih
dengan teddy bear putih kesukaan saya
ada biskut famous amos dekat teddy bear tu


bila saya sampai awak terus tarik tangan saya
suruh duduk sebelah awak


awak hulurkan bunga tu 
saya rasa ada dalam 36 kuntum
awak bagi teddy bear awak kata


"ini untuk awak~ saya tahu awak suka."


lepas tu awak bagi biskut tu
awak kata


"ni biskut kegemaran awak~ saya beli khas untuk awak."


saya terharu sangat tapi saya buat-buat biasa


lepas tu awak mula mengatur bicara


"saya minta maaf sebab saya diam selama ni
saya tak jawab call awak saya tak reply mesej awak
saya offline bila awak cari-cari saya
saya minta maaf sangat-sangat awak
sebenarnya bersebab saya buat semua tu
saya nak kita jauh sebab saya nak uji hati saya
saya nak kita jauh sebab saya nak uji cinta saya
dan sebab utama saya sedang kumpul duit 
nak masuk meminang awak
sekarang simpanan saya dah cukup hasil kerja keras saya
jadi agak-agak awak bila mama dan papa boleh pinang awak?"


terkedu saya!


"awak nak pinang saya? nak saya jadi isteri awak?
awak dah yakin sangat ke ni?


"sangat yakin! sudi tak awak jadi isteri saya, menantu pada 
mama dan papa saya dan kakak pada adik-adik saya?"


"SETUJU!"


* kalau si dia menyepi jangan fikir yang tidak-tidak~ berfikirlah dengan positif~ kan indah kalau akhirnya seperti ini? sabar itu manis~ dan manis itu duduknya dihujung ujian~ =) *



9 orang mendoakan:

hamzah ian said...

oyeah..

Nur Hayaty said...

sweet nyer....terharu kot dapat insan istimewa mcam tuh...tahniah dear...semoga awak bahagia hingga ke akhir hayat...

Camellia said...

opst~ ni sekadar imaginasi khayalan indah saya je~ ;) hee! btw thanks. hikhik~

hamzah!!!!!!!!!!!! lama wa tak nampak lu bro~

Gayahspears said...

wah~ mell.. egat betoi2 td :)

Camellia said...

hahahaha! saja yang~ ;) sekali sekala kan.hikhik!

Myra said...

siyesli suka sgt story ni....! lagi2 dgr alunan instrument cenggini...urgh! mmg menepati citarasa sy!

teruskan bercerita cenggini....hi hi hi...

thanks for the story!

Camellia said...

myra,
thanks.
insya allah.
;)

najihah sahami said...

sweet....
the best thing in my life lorh kalau dapat scene camni.....aduhh

Camellia said...

;)

imaginasi tu indah kan? hee!

Duit Poket