CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, September 29, 2010

Bila Aku Ingin Bersuara | Kedengaran Lantang

bila aku mahu bersuara
kau kata " hei,jangan! "
kau bilang "hei,diamlah!"
macam aku ini kecil yang baru tahu bercakap


bila aku mula diam
ada suara sumbang cuba menunjuk ramah
"kau sakit ke?"
"kau tak sihat ke?"


kenapa bila aku ingin kata apa aku rasa
kau halang kau tegah
kenapa tak biar aku kata apa aku mahu
kenapa harus aku diam saat aku punya banyak perkara
ingin aku suarakan


sekarang bila aku mulai diam
sepi tanpa suara
kau tanya kenapa
kau risik sebabnya


kalau kau takut dihina dimaki
jangan tonjol diri
selimut tubuhmu agar aku tidak tahu
kamu itu wujud


atau lebih baik


jangan pernah tunjuk bayangmu 
sebab aku rasa ingin muntah
walau hanya menghidu bau tubuhmu


pergi sana dan jangan muncul lagi
aku benci!

0 orang mendoakan:

Duit Poket