malam itu aku duduk sendirian di beranda
merenung langit malam
bulan bercahaya terang bintang bersinar indah
kerusi malas aku goyangkan perlahan
 
aku tersenyum
 
dulu
aku pernah begini di sini seperti ini
dengan dia bidadari hati
menemani malam-malam sepi
aku rindu kamu cinta
 
kenangan tiga tahun lalu menerpa semula
 
* * * * * *
"Abang, Kaseh sayangkan abang,
Kaseh sayangkan sepenuh hati Kaseh.
Kaseh janji pada abang Kaseh akan sentiasa 
menemani hari-hari abang.Kaseh janji abang."
 
Kaseh,
dia cinta pertamaku
yang aku temui sewaktu belajar di kota London
di sana aku temui dia sedang duduk termenung
di kerusi di sebuah taman sambil memegang 
sekuntum mawar merah yang sudah kering
aku sapa dirinya 
 
waktu itulah pertemuan aku dan dia bermula
hari demi hari hubungan persahabatan 
mula menerbitkan rasa cinta
lalu dirinya aku lamar menjadi kekasih hati
dan dia setuju
 
Kaseh,
seorang gadis melayu yang datangnya dari keluarga berada
ibunya seorang jutawan terkenal dan dia tidak punya ayah
ayahnya sudah meninggal dunia sewaktu dia masih kecil
gaya hidupnya liar dan terlalu bebas
aku cuba mengatur langkahnya kembali ke asal
alhamdulillah, dia bersetuju untuk berubah
 
hampir 6 tahun di kota London
dan hampir 4 tahun bersamanya
kami kembali ke Malaysia dan aku terus ditawarkan
pekerjaan di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka
beberapa bulan kemudian aku lamar dia menjadi
permaisuri dalam hidupku
 
Kaseh,
isteri yang baik, penyayang dan amat menghormati sebagai suami
makan pakai aku dia jaga dengan sempurna
4 tahun mendirikan rumah tangga bersama
belum pernah sehari aku ke pejabat tanpa 
bersarapan bersamanya
Ya Tuhan, sungguh aku benar-benar mencintainya
 
tapi
 
semua ini tidak lama
selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga
dia pergi buat selamanya
tinggalkan aku tanpa peneman
 
kejadian petang itu masih subur diingatan
lewat petang itu aku dan dia ke sebuah pasaraya
untuk membeli sedikit barangan keperluan
sewaktu mebeli-belah dia kelihatan ceria
tertawa mengusik aku seperti selalu
usai membayar kami menuju ke kereta
Kaseh jalan dihadapanku beberapa langkah
 
 
sewaktu melintas jalan ada sebuah kereta 
dengan laju menghala ke arah Kaseh 
 
dan
 
"Kasehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!"
 
dia dilanggar lalu digilis
aku mendengar dia menjerit saat dirinya digilis
 
 
segera aku mendapatkannya
tapi
 
Kaseh sudah tidak bernyawa lagi
Kaseh telah pergi
Kaseh pergi kerana kecuaian mereka
Kaseh pergi tinggalkan aku
 
Kaseh,
sayang isteri abang dunia akhirat sayang
takkan ada seorang wanita lain yang mampu
mengisi tempat di hati abang
 
abang doakan
semoga sayang aman bersemadi di sana
nantikan abang ya sayang
semoga kita akan bertemu
 
*3.10 pm / 21 September 2010*
~kotak khayalan tingkat tertinggi mula berimaginasi.. ;)~
Ratapan merapik
7 years ago
 

 
  
 
 

5 orang mendoakan:
mell :(
uwaaaaaaaaaaaaaaa :(
tak sangup nak baca :(
:(
nape tah tetiba nak tulis cerita camni~ hmm~
cerita benar ke hanya imaginasi... huhuuu...
gabungan. ;)
apa nama music kt blog ni..suka!!! nnti bleh tk bgitau tajuk kt blog saya.TQ.
Post a Comment