ada waktu tak perlu semua itu
dikhabarkan pada seisi dunia
tidak perlu dihebahkan semuanya
ada yang perlu disimpan
diperam hingga kita sendiri lupa
apa rahsia yang cuba kita simpan itu
manusia tidak mudah mengenali kita
kita juga sama
sering kita menilai seseorang
lewat pertemuan pertama kita
lalu tafsiran dibuat
"oh, dia nie tak leh blah ah!"
jangan dinilai seseorang itu
guna akal semata
akal yang menilai juga kadang tersalah
gunalah mata hati kamu
pasti berhasil
aku ini cuma seorang gadis
gadis biasa-biasa saja
tidak punya apa yang istimewa
tapi aku ini ada hati seperti kamu
ada jiwa ada rasa tau marah tau benci
apa lagi cemburu juga sayang
jika aku marah tanya aku kenapa
jika aku sedih cuba selaminya
jangan terus dihukum aku
sakit tau!
maafkan aku kerana tidak menjelaskan pada kamu
aku tidak tahu bagaimana caranya
kalau kamu baca nukilan ini
aku harap kamu akan mengerti
aku bukan jenis yang suka marah tanpa sebab
itu bukan aku
pasti ada sesuatu yang kamu telah lakukan
yang mengusik hati kecilku
tapi jangan bimbang
kesalahan itu telah lama aku maafkan
yang benar,
ratu bulan
Ratapan merapik
6 years ago
2 orang mendoakan:
terbaik surat nih mell...
harap sahabat kamoo itu baca :)
harapnya begitu la yank. :)
Post a Comment