CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, October 21, 2010

Hidup

hidup kita semua ni seperti rodakan? ada waktu kita di atas ada waktu kita di bawah. dan hidup sebagai Amalia Masrom, cuma aku yang tahu apa yang telah aku lalui. mama & ayah sendiri tidak tahu perit yang aku rasa. kalian yang rajin singgah sini, pasti kenali aku serba sedikit. aku jenis manusia tidak tahu ucap apa aku rasa. tak reti. walau dengan ayah & mama, adik-adik, aku jarang ucap aku sayang mereka. tapi, aku selalu lahirkan dengan apa yang aku tulis. 

ingat lagi, waktu ulang tahun perkahwinan mama & ayah ke 14 aku buatkan 1 kad untuk mereka. dalam kad tu aku tulis macam-macam. lepas tu aku tampal di almari baju mama & ayah. esok pagi aku dapat ciuman dari mereka dan buat aku nangis je pepagi hari. aku jarang cakap, "Mama, saya sayang mama! ayah, saya sayang ayah!" entah la, aku sendiri tak ingat bila yang terakhirnya aku cakap.

tidak.hubungan kami mesra.cuma, mungkin keadaan waktu kecil buat aku jadi macam ni. waktu kecil ku, cuma ada katil, tilam, almari baju, meja belajar & buku-buku. cuma hujung minggu baru dapat duduk lepak dengan mama & ayah. ayah sibuk berkerja. mama pun sama. tapi aku tahu itu untuk kami sekeluarga. 

nak tau tak, benda yang aku paling ingin buat selama ni adalah peluk ayah dan kata aku sayang dia...aku nak dia tahu aku sayang dia sangat-sangat. aku anak yang degil. tak nak dengar sebarang pendapat orang lain.dan dengan ayah, kalau kami bertengkar itu biasa.akhirnya bila ayah dah keluarkan hujah-hujah dia, aku akan diam.

mama seorang ibu yang penyayang. dia kawan baik yang aku ada. dengan mama, aku akan cerita semua. termasuk kisah cinta aku. setiap kali ada kekasih, mama yang pertama tahu. cuma, aku belum bersedia menceritakan tentang Sang Pencinta pada mama.mungkin 1hari nanti. 

umur aku sekarang 23 tahun. bagi aku, tak ada apa yang aku leh banggakan. kelulusan yang aku ada setakat ni SPM. pernah ke kolej dan dibuang. sebab, pointer drop~ semua sebab lelaki. 2 tahun aku menyendiri. ada yang cuba curi hati aku. tapi semua tak serasi. hingga aku jumpa Sang Pencinta. dia istimewa bagi aku. kalian pun tau kan?

cita-cita aku untuk sambung belajar di mana-mana universiti awam di Malaysia dalam bidang ekonomi atau pengajian perniagaan. ada yang cadangkan ke Australia tapi aku tak mahu jauh dari keluarga. aku nampak kental, tapi cepat home sick.lagi-lagi dengan mama. biarlah belajar di Malaysia. Universiti kita tak kurang hebatkan?

habis degree, aku nak kerja. kemudian miliki apa yang aku mahu. ayah mampu mengadakan untuk aku. tapi sampai bila? sudah-sudahlah dia menanggung aku hingga hari aku tamat pengajian.cukuplah.aku dah malu.

ayah selalu kata, manusia yang tidak tahu bersyukur pada Tuhan itu manusia sombong. dan aku tak mahu jadi yang sombong. aku ni pemurah. kalau dalam poket ada RM2 dan ada peminta sedekah datang, aku akan hulur RM1. sebab, kata bekas kekasih aku, biarlah kalau dia menipu.itu antara dia dengan Tuhan.yang penting kita ikhlas. ;) 

esok ada kelas. kelas feveret aku. Ekonomi & Pengajian Perniagaan. aku ada lagi sebulan sebelum nak pergi berperang.doakanlah aku ya. Kesibukan aku hingga aku kadang-kadang mengabaikan Sang Pencinta yang memang perlukan perhatian aku. 

harap semua ini berakhir segera. selamat malam semua!


 

2 orang mendoakan:

ozzy said...

semoga berjaya dalam kehidupan & berjaya mengejar apa yg diimpikan

Mellyana Sara said...

Thanks ozzy. ;)

Duit Poket