CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, October 24, 2010

Seharian Bersama Mereka

ayah. walau pun kami selalu bertekak tentang sesuatu perkara, tapi dia idola saya. kami sering berselisih pendapat tentang sesuatu perkara. tapi aku suka dengar apa yang dia cakap. selalunya isu yang sering kami bincangkan tentang politik, ekonomi, isu luar negara. jarang bercerita dengan ayah tentang sesuatu yang bukan serius. itulah ayah.

semalam seharian bersama mama & ayah. mereka kebetulan ingin ke Ampang ke rumah makcik aku di sana jadi singgah ambil aku balik dari kelas. dari pukul 4.00 p.m aku dan ayah berbual dalam kereta. mama duduk di seat depan. beliau kan heroin ayah,kene duduk depan. 

bermula dari isu politik yang aku baru baca di NST pagi tadi hingga ke pelbagai isu lain. kata bonda, "Abang, could you please discuss any other issue? You're so serius!"  aku hanya senyum. entahlah. bila dengan ayah, aku perlu jadi matang sebab dengan ayah jangan cakap sesuatu yang mengarut sebab dia tak suka. dia mahu setiap yang kita kata harus ada isi dan nilai tersendiri. complicated kan ayah?

semalam ayah kata aku dah berubah. dah banya berubah. dari confident level sampai ke cara percakapan. ayah senang dengan perubahan tu. hee! aku sendiri senang dengan perubahan tu. mama pula kata, suruh aku join parti politik dan melibatkan diri dengan Puteri. nanti ya mama, saya perlu belajar dan penuhkan ilmu di dada. satu hari nanti, saya akan gantikan tempat ayah! ;) 

ayah seorang lelaki yang serius dan tegas. dia seorang yang suka menasihati dengan cara dia. kadang kala kalau tersalah tafsir kita akan ingat dia marah. sebenarnya itulah cara dia. kami adik beradik pun kadang kala takut dengan ayah sebab dia garang bagi kami. tapi hakikatnya tidak. itulah cara seorang ayah bercakap kata ayah.

hah! semalam waktu dalam perjalanan ke Ampang kami melalui Taman Maluri dan waktu tu kereta berhenti sebab lampu merah. melintaslah seorang perempuan yang agak seksi. mama kata, pakaian dalam pun boleh nampak. seksi betul! tapi ayah jawab,

"Hanya lelaki yang boleh menilai seorang wanita seksi atau tidak. dan seksinya wanita bukan terletak pada berapa luas baju, berapa singkat kain, berapa sendat yang dia pakai. kadang kala berbaju kurung pun boleh jadi seksi. perempuan yang seperti itu perempuan datang & pergi."

dan aku cuma senyum dengar ayah cakap macam tu. =)

ayah, saya sayang ayah! bila nak naik keta jalan jejauh lagi ya? hee!


0 orang mendoakan:

Duit Poket