CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, December 12, 2010

Review Aku Tak Bodoh

semalam keluar KL ngan adik-adik. tak ke mana pun. tengok movie je. cite Aku Tak Bodoh. my expectation cite ni sama je cam cite-cite len. tapi ternyata mell silap. walau kedengaran komedi tapi serius, mell nangis~! nangis oke. sib bek bawak tisu. malu je kat budak sebelah mell. harap-harap die tak pasan. =) oke2. meh nak story pasal cite ni. 



cite bermula dengan penceritaan dari si Jefry. seorang budak lelaki berumur 8 tahun yang hidup dalam sebuah keluarga yang agak berada di tengah ibu kota. dia terlibat dengan pementasan drama dan menjadi watak utama. cikgu yang melatih suruh dia jemput ibu dan bapanya datang dan dia berusaha untuk itu. tinggalkan pesanan di peti ais, telefon tapi semua tak menjadi. akhirnya dia mencuri duit kantin RM500 semata untuk 'membeli' sejam masa orang tuanya untuk menonton pementasan dia. 



jefry ada seorang abang nama Roy. Roy seorang yang hebat dalam blogging dan mendapat anugerah blogger terbaik. tapi itu seakan tiada nilai pada ibu dan bapanya. apa saja yang dia lakukan semua tidak kena. hingga dia merasakan yang dia tidak dihargai.


roy ada seorang kawan nama sudin. mereka berdua sangat berkawan baik. pada roy sudin adalah sebahagian dari keluarganya. sudin juga mengalami masalah yang sama. dirinya tidak pernah dihargai. hingga dia rasa tertekan tinggal di rumah. 

]

ending cerita ni, ibu dan ayah mereka mula sedar akan khilaf mereka dan kembali memberi perhatian kepada Roy dan Jefri. =) happy ending!

mell cadangkan, kalau nak tengok cite melayu tengok cite ni. dari 5 mell bagi 5  untuk filem ni. bawak la mak ayah abang adik kakak tok nenek maklong makngah pakteh semualah sebab moral of the story banyak dalam cite ni.


Tentang Aku Tak Bodoh :

- "Jefry tak beli robot. Jefry dah jual semua robot Jefry. Jefry mencuri sebab Jefry nak beli 1 jam masa ayah dan ibu untuk tengok konsert Jefry." (mell nangis masa ni.)

- " Pada ayah Roy ni teruk kan? Semua Roy buat semua tak kene!" - teringat sesuatu. =)

- "Ayah kamu bukannye orang senang Sudin. Dia berhabis beratus ringgit nak sekolahkan kamu. hantar kamu pergi tuesyen. Tapi kamu kene buang sekolah." - (menangis berlinang-linang)

- FAMILY - father and mother I Love You

serius, cerita ini luahan hati si anak kepada kedua orang tuanya. Anak ni dia taknak apa. duit berjuta, rumah besar, kereta mewah itu semua bukan jaminan kebahagiaan. tapi anak cuma ingin kasih sayang, perhatian dan PUJIAN dari kedua orang tua walau hanya sepatah perkataa, BAGUS. =) 

pujian seorang ayah dan ibu, umpama pembakar semangat kepada kami anak-anak. jangan lokek dengan pujian. andai si anak gagal, beri kata peransang dan semangat bukan dipukul dicela. itu hanya jadi DENDAM. =)

selamat menonton ya! 


2 orang mendoakan:

Mia.lurve said...

wahh..makin xsabar rasanya nak tengok cite nie..sayang seribu kali sayang coz kat tempat tinggal sya ni xde pawagam..br tengok di sebalik tabir cite nie dh tau mmg best sgt..

mellyana sara said...

sangat best dear. tengok lah nanti. :)

Duit Poket