CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, December 13, 2010

Saya Pergi Dulu

waktu tu hujan turun lebat
awak masih berdiri di luar pagar
berkeras tak mahu pergi kalau saya tak keluar
awak kata


" Awak, maafkan saya! Tolong beri saya peluang sekali lagi!
Saya janji saya takkan curang lagi! Tolong maafkan saya!"


saya tengok awak dari tingkap
saya nampak awak basah kuyup
saya nampak awak menggigil kesejukan


maafkan saya awak
saya tak dapat nak maafkan awak


beberapa hari lepas tu 
saya terserempak dengan awak di hospital
saya dah cuba melarikan diri dari awak
tapi awak ternampak saya
awak kejar saya sampai Star LRT
awak tarik tangan saya
awak cuba peluk saya
awak peluk saya erat


tapi saya
tak ada hati nak balas pelukan awak
saya kaku saya diam
saya dah tak ada hati awak


lepas tu awak kata nak hantar saya balik
awak sepatutnya masuk kerja pukul 2
dan waktu itu dah pukul 1
awak kata


" biarlah saya kene marah asalkan saya dapat hantar awak dengan selamat."


maaf awak
kata-kata tu tak sedikit menjentik hati saya




lepas tu saya dah tak jumpa awak lagi
awak pun dah tak datang rumah lagi


beberapa bulan lepas tu
awak telefon saya kata nak jumpa dengan saya
awak kata ada sesuatu nak beritahu dengan saya


akhirnya kita bertemu di sebuah restoran di KLCC
awak datang seorang
dari jauh awak senyum
selepas bertanya khabar dan berbual seketika
awak hulurkan saya sekeping sampul surat
awak kata buka bila dah sampai rumah
dan selepas makan awak terus hantar saya pulang
walau berkali saya menolak


sebaik sampai di bilik
saya buka sampul surat tu
ada sekeping kad undangan perkahwinan
dan di atas tertera nama awak dan dia


selepas bertahun kita berpisah
ini pertama kali saya menangis
menangis kerana awak dah temui kebahagiaan awak
bersama kad tersebut ada sepucuk surat bertulis tangan


tulisan awak masih sama seperti dulu


Assalamualaikum sayang,


Terima kasih sebab sudi berjumpa dengan saya walau saya tahu kebencian awak terhadap saya mengatasi rasa cinta saya pada awak. Ya, seperti yang awak lihat pada kad tu, 3 bulan lagi saya dan dia akan berkahwin. Saya harap awak sudi menghadirkan diri sewaktu majlis tersebut.

Sayang,

Pertama sekali saya ingin memohon berjuta kemaafan atas segala kesalahan saya selama 3 tahun bersama awak. Saya sedar yang sering melukakan hati awak. Saya sedar saya sering memperlekehkan tentang perasaan awak pada saya. Maafkan saya. 

Saya bukan seorang lelaki yang baik untuk awak. Awak terlalu sempurna untuk saya. Awak melengkapi saya. Awak berkorban segala untuk saya. Maafkan saya awak. Saya doakan semoga awak berjumpa dengan seorang lelaki yang akan menyayangi dan mencintai awak lebih dari yang awak lakukan.

Saya pergi dulu. Jaga diri elok-elok.

yang benar,

Mr.Spongebob.


Semoga berbahagia. Saya akan selalu mendoakan yang terbaik untuk awak walau hati ini telah awak lukai.


p/s : sambungan dari Kisah Lama

0 orang mendoakan:

Duit Poket