CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, December 21, 2010

Semoga Bahagia

Sambungan " Saya Pergi Dulu "


kereta dipandu laju menuju ke Pantai Timur
dengan ditemani Nurul
aku ke sana menghadiri majlis perkahwinan dia
mulanya hati ini berat untuk menghadirkan diri
tapi pesanan ringkas dari dia 2 minggu lepas
mengubah keputusan aku

katanya,

" Awak, saya harap awak datang masa majlis tu.
Pakai baju kurung yang saya bagi dulu ya. 
Please...sebab itu terakhir kali saya dapat tengok awak. 
Saya tunggu awak datang. "

di sebabkan pesanan ringkas tu la aku hadir
aku paksa Nurul ikut sama sebab
aku tahu aku tak sekuat mana
lagipun hadiah pun aku dah beli
takkan hendak nak post pulakan?

sebaik sahaja melewati bandar Kota Bharu
aku terus menuju ke simpang ke kampungnya
melewati lorong-lorong kecil bertanah merah
sebaik menghampiri rumahnya
dari jauh aku nampak khemah berwarna ungu putih

aku ingat lagi dulu dia kata kalau kami kahwin
dia ingin tema warna itu disebelahnya
dan hari ini keinginannya jadi nyata
cuma majlis itu bukan bersama aku

sebaik selesai parking kereta
dengan hati yang berdebar-debar
aku hampiri majlisnya
dari jauh aku nampak mama, papa dan abangnya
tersenyum girang menyambut tetamu yang datang

langkah aku atur ke arah mamanya 

" Assalamualaikum makcik. " seulas senyuman aku ukir.
" Waalaikumussalam. Err....ni Aira kan? "
" Ye saya. Tahniah makcik. Ni hadiah untuk Irfan. "

Mamanya menyambut hadiah itu lalu diletakkan di atas meja
seraya tubuh aku di dakapnya erat
aku dapat dengar esakannya

" Kenapa makcik? "
" Makcik ingat Aira tak datang. Sudi juga Aira datang ya. Jemputlah makan. Ajak kawan sekali. "
" Takkan saya tak datang makcik. Keluarga makcik dah macam keluarga saya sendiri. Makcik tak makan sama? "
" Takpe. Kamu pergilah. "

sekali lagi pipi aku dikucupnya.

Maafkan Aira mama...Aira bukan pilihan hatinya...

selesai menjamu selera aku masuk ke dalam rumah
mencari pengantin 
ingin memberi ucapan terakhir 
nurul aku suruh tunggu di bawah khemah

aku berdiri di hadapan pintu biliknya
tangan ingin mengetuk pintu tapi hati seakan melarang
kaku di depan pintu

" Aira?! "

seraya aku mendongakkan kepala
air mata yang aku tahan sedari tadi mengalir jua
puas aku seka tapi air mata tu seakan degil

" Shhhh....jangan menangis...meh masuk dalam...abang pun ada sama.. " katanya sambil menarik tanganku

Aku duduk di birai katil pengantinnya
tunduk melihat lantai
aku tak kuat nak menatap wajahnya
sungguh aku tak mampu
air mata pula turun bagai hujan

wahai hati, bersabarlah!

" Awak..tengok sini..."

aku diam.

" Tengok sini Aira... "

diam.

" Awak.." sambil memaut dagu aku supaya memandangya. air mata aku disekanya. tudung aku yang senget dibetulkannya.

" Terima kasih sebab sudi hadir. Saya takut awak taknak datang. Tak sangka awak hadir juga. Thanks sangat. Maafkan saya sebab buat awak menangis. Saya memang bukan lelaki terbaik untuk awak. Awak...terima kasih untuk 4 tahun kita bersama. Saya akan kenang sampai bila-bila sebab awak cinta pertama saya. Awak takkan saya lupa. Andainya sesuatu terjadi antara saya dan dia, saya akan cari awak kembali sebab saya tahu..di hati awak masih ada ruang untuk saya. Maafkan saya awak...atas segalanya."

ditarik aku ke dalam pelukannya
dan
aku balas pelukan itu
seerat mungkin

" Ehem...ehem..."

aku terlupa abang dia ada sama
cepat-cepat aku lepaskan pelukan tu

" Aira, pengantin perempuan dah nak sampai tu. Irfan nak kene siap-siap ni. Aira tunggu ye. Jangan balik lagi. Tunggu tepung tawar dulu. "

aku sekadar mengangguk lemah
handbag aku capai
bersalam dengan dia dan abangnya

" Selamat pengantin baru Irfan Haikal. "

dan kemudian aku panggil Nurul
lalu terus menuju ke kereta

aku tak mahu tepung tawar
aku tak mahu tengok perampas tu
aku tak mahu ada kenangan tentang tu
tak mahu

sebaik enjin dihidupkan aku terus memandu menuju ke hotel berdekatan
penat seharian memandu rasanya belum hilang
ditambah dengan apa yang berlaku tadi

" babe... " Nurul memecahkan kesunyian antara kami.
" Hmmm..."
" Kau ok ke ni? Tak ok biar aku drive. Laju sangat kau bawak ni. "
" Aku oke Nurul. Takpe. Aku boleh bawak lagi. "

Semoga awak bahagia dengan pilihan awak. Antara kita takkan ada apa-apa lagi. Semua dah musnah. Saya harap dia adalah pilihan awak yang terbaik. Saya akan selalu mendoakan kebahagiaan awak....dulu, kini dan selamanya.....

Dari jauh kelihatan papan tanda Hotel Seri Malaysia
di situlah aku akan bermalam sebelum pulang ke Kuala Lumpur esoknya


- The End - 

0 orang mendoakan:

Duit Poket